ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bait Munshi: Tentang Kepandaian, Kebebalan Dan Juga Kepentingan Bahasa Melayu



"Ilmu dan kepandaian itu menjadi tangga ke arah kekayaan,dan kekayaan akan membawa kepada kebesaran. Segala benda yang dijadikan oleh Allah di dunia ada harganya, iaitu dapat dinilai oleh manusia.Hanya ilmu itulah sahaja tiada ternilai harganya oleh manusia. Harta dunia, kekayaan dan kebesaran itu merosakkan, seperti perempuan jalang berpindah-pindah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ilmu bukan demikian sifatnya. Kesetiaannya amat teguh dan wajahnya bercahaya. Itulah sebaik-baiknya sahabat orang yang bijaksana. Apabila mati, barulah ilmu itu terpisah. Ilmu itu ciptaan Allah yang ajaib, tidak dimakan ulat, tidak dirosakkan oleh hujan dan panas, tidak menyesakkan tempat kita, dan tidak pula meminta makan ataupun minum. Sebaliknya apabila kita memerlukannya, ilmu sentiasa bersedia. Kata orang arif: "Apabila engkau mendapat wang, belikan emas; jualkan emas itu, belikan intan; jualkan intan, belikan manikam; jualkan manikam, belikan ilmu."

"Ramai orang yang mengaku dirinya pandai dan cakapnya berlebih-lebihan, tetapi kosong belaka. Apabila diminta membuat sesuatu pekerjaan ataupun mengarang, ternyata hasilnya kosong kerana kepandaiannya itu bukan hasil yang dipelajari, tetapi daripada apa yang didengari sepanjang jalan sahaja. Kebanyakan orang yang mendengarnya pula bebal, seperti orang mengantuk disorongkan bantal, lelap sahaja, yakni percaya sepenuhnya."

"Pada zaman ini, semenjak telah menjadi negeri, ramai yang bersikap belalang telah menjadi helang, pijat-pijat telah menjadi kura-kura, dan cacing pun telah menjadi ular naga. Semuanya disebabkan harta dunia. Asalkan berharta, orang yang hina dan bodoh akan dipandang mulia dan pandai, sebaliknya orang yang pandai dan mulia tetapi kerana tidak berharta, akan dipandang hina. (Semua gambaran tersebut, menjadi bandingan kepada diriku. Pertama, diriku hina; kedua, hidupku miskin; ketiga, ilmuku kurang; dan keempat, aku bukan ahli dalam karang mengarang. Aku tidak kuat dan berdaya, melainkan daripada Allah jua. Aku sentiasa merasakan serba kurang dan lemah.)"

Setelah lama aku berfikir demikian,tiba-tiba aku seperti dikejutkan orang daripada tidur.Katanya, "Jikalau engkau berasa hina, memintalah kepada yang maha mulia. Jikalau engkau miskin, memintalah kepada yang maha kaya. Jikalau engkau kurang faham pohonlah kepada Tuhan yang telah berjanji: "Berdoalah kamu kepada-ku,nescaya Aku perkenankan permohonanmu" (Surah al-mukmin,ayat 60)". Begitulah pemurah-Nya Tuhanku,insya-Allah, aku meminta tolong kepada-Nya yang telah menciptakan langit tiada bertiang.

"Aku berasa sedih apabila mengenangkan hal orang Melayu yang masih belum insaf mengenai kemunduran mereka, kerana mereka tidak mahu belajar bahasanya sendiri dan tidak mahu menyediakan tempat untuk belajar bahasanya. Adakah orang yang tiada belajar itu akan pandai sendiri..? Kata mereka "Apakah gunanya belajar, bukankah itu bahasa kita? Gunanya di dunia sahaja. Lebih baik bahasa Arab, berguna di dunia dan akhirat. "Hal itu benar, tetapi bagaimana boleh mengetahui bahasa orang lain sekiranya belum mengetahui bahasanya sendiri terlebih dahulu..? Mereka berkata-kata, berjual beli, berkirim dan membalas surat, semuanya dalam bahasa Melayu. Belum pernah aku melihat, sama ada orang Melayu ataupun peranakan, yang menggunakan bahasa Arab sewaktu berniaga, membuat kira-kira dan berkirim serta membalas surat, melainkan dalam sembahyang dan berdoa sahaja."


++ Pedih? Tahan saja. Bukan kalian saja yang terkena; aku sendiri pun tertembak sama!


Tangan pincang mengulang tulis: Ampuan Awang

2 comments :

miss lolly a.k.a luvfareda said...

hoho.

semua nak tunjuk kelebihan diri, tu cakap berlebihan2.

bercakaplah bila perlu.

Ampuan Awang said...

eh, cik lolly berkomen lagi. terima kasih bebanyak ;]

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top