ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Tribute Istimewa Buat Rendra



Tribute Istimewa Buat Rendra
Oleh: Ampuan Awang

Puluhan tahun hidupmu
dihabiskan dengan saratnya puisi-puisi.
Perut rakyat dikenyangi oleh sajak-sajakmu
yang memenuhi pojok
di dada akhbar nusantara.

Oh, Si Burung Merak
Pengalaman yang kau tempuh berliku-liku
Kau dipenjara.
Kau dilempari ammonia.
Kau digam penguasa.
Kau dikeroyok bayang-bayang mereka.

Mengapa kau buat begitu?
Mengapa mereka menyalahkanmu?
Pasti jawabnya cuma satu;
Kerana kau kenangkan bangsamu.
Kerana kau sayangkan negaramu.
Kerana kau benci melihat kesusahan dan kemiskinan
yang membaluti tubuh temanmu
dan kerabat tetanggamu.
Akibat pelakuan kepala memerintah
yang berkuasa ketika itu.

Oh, Si Burung Merak
Engkaulah pengerak Revolusi Kebangsaan.
Yang menjadi kebanggaan di bumi tumpah darahmu.
Engkau pencetus semangat nasionalisme
menentang penjajahan alaf baru.
Yang bersarang dalam minda rakyat.
Yang sering diganyang mereka.
Oleh mereka yang memegang kuasa!
Oleh mereka yang rasa terancam
dengan ungkapan dalam setiap bait sajakmu.

Oh, Si Burung Merak
Irama di setiap baris sajakmu
Tetap bersemi dan akan terus bersemadi
di hati pencinta hasil nukilmu.
Namamu terpahat dalam kalbu mereka
menjadi pembakar.
menjadi penaik semangat.
Dan akan senantiasa bernyanyi
disepanjang zaman.
Ya! Itu sudah pasti...


+++ Kita menantikan pejuang seperti ini. Al-fatihah buat W.S Rendra [Wahyu Sulaiman Rendra] 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top