ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Si Pemakai Topeng 'Anonymous'

Kenalkah siapa dia? Manusia bertopeng seperti ini sesuai sangat kita namakan dia sebagai 'Anonymous'. Alasan untuk tidak kenal cukup mudah; kita tidak mengenali langsung hamba Allah yang berada di sebalik topeng ini. Di mana selalunya kita jumpa si 'Anonymous'? Kita sering menemukan 'Postingan-postingan' tanpa nama di mana-mana laman web terutamanya pada ruang komentar. Si 'Anonymous' menjelajah dari satu laman web ke laman web lain tanpa henti memberikan komentar yang pelbagai. Si 'Anonymous' bijak berselindung bagaikan jin yang ghaib. Seperti yang aku cakap tadi tentang kepelbagaian komentar yang dibuat ada yang berniat baik dan selain daripadanya berniat buruk seburuk-buruknya (ada udang berselindung di sebalik mee).

Mengapa si 'Anonymous' wajib bertopeng? Ini sudah menjadi satu kewajipan bagi mereka yang menggelarkan diri sebagai 'Anonymous'. Mungkin kerana khuatir wajah dan identiti sebenar diketahui umum, mungkin juga ingin melindungi diri dari terkena bala (ditembak polis dan sebagainya), atau mungkin khuatir mata pencarian mereka putus di situ. Eh, putus di situ? Maksud? Oh, begini. Sekiranya si 'Anonymous' bertindak atas dasar kerjaya, pasti dirinya menggelabah. Apa tidaknya, cuba bayangkan berapa lama dia hidup sekiranya identiti diri diketahui? Tak lama. Sebab ramai sangat orang cari dia dan dia takkan dapat bersembunyi terlalu lama melainkan dia seorang halimunan. Mustahil! Bagi aku pula bagaimana? Dulu sebelum aku ingin menaikkan blog ini, seringkali aku jumpa komentar 'Anonymous'. Ada di antara mereka memberikan komen berguna dan ada pula terlebih memberikan komentar yang berbau bak kerang busuk. Bermula dari kejadian si pemberi komentar 'Anonymous', aku mula menapis sebarang komen yang masuk ke dalam tangki email. Bukannya aku takut berhadapan dengan mereka tapi rasanya merekalah yang takut sebab tidak berani memberi identiti sendiri. Oh, 'Anonymous' semoga komen yang engkau berikan lebih bersifat membina dari meruntuhkan tembok kesabaran orang lain. Bukalah topengmu; biar kutatap ramas wajahmu sepuas-puasnya.


Tangan yang menulis: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top