ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kisah Si Abang Bersama Adiknya Berbicara Soal Ilmu



++ Sesambil duduk menikmati waktu santai sebelum meneruskan semula pekerjaan adalah baik untuk kesihatan terutamanya bagi isi kepala yang sedikit robek dek kerja yang kononnya berlambak-lambak bertaburan di atas meja. Mode diri tengahari ini berubah-ubah mengikut irama lagu yang dikumandangkan secara langsung dari komputer rakan yang berada di sebelah kiri hujung sana [kedudukan yang terancang]. Apakah dia pemandangan terbaik aku ketika ini? Sebenarnya aku sedang sibuk memerhatikan cara sesetengah individu melepaskan rasa bosannya dalam tempoh waktu singkat masa rehat. Ada kulihat masih lagi tekun berhadapan dengan komputer, bertongkat dagu sambil ber'chating' bersama rakan di laman sosial...

Tak perlu disebutkan kerana kalian sudah tahu nama lelaman terkenal itu. Ah, biarlah. Lebih baik aku membuka topik lain dari menyibukkan diri memperkatakan kelemahan orang lain [sebetulnya kami tak berminat pun nak bercerita tentang orang lain tapi apakan daya, kami ini manusia biasa seperti kalian jua]. Marilah kita sama-sama renungkan cerita di bawah. Dahulu terlalu minat membaca majalah kartun. Tersangat suka. Disebabkan terlalu suka, aku adaptasikan semula cerita yang pernah aku baca itu di sini, di laman ini:

Aku menamakan watak kartun yang aku tatap dahulu sebagai Herman. Herman merupakan salah seorang dari penerima anugerah pelajar cemerlang dalam pelajaran. Kepintarannya terbukti apabila dia berjaya mengharumkan nama sekolah tempatnya belajar dengan memperolehi 20A [pintar yang amat]. Makanya dipendekkanlah cerita, Herman akhirnya diterima menjadi pelajar di bawah tajaan kerajaan diluar negara. Di mana lokasi luar negara? Herman di tempatkan di University Of Iowa, Amerika Syarikat. Mendalami dalam bidang apa? Kejuruteraan. Ya, herman mendalami jurusan kejuruteraan mekanikal. Tetapi sejak akhir-akhir ini fikiran Herman bercelaru. Dia dalam dilema. Kini dia mula merungut dengan bidang yang dia minati sedari dahulu lagi. Kekusutan yang bersarang dalam kepala Herman dibawa pulang ke tanahair. Ketika bersantai di halaman rumah bersama adiknya, Norman. Tiba-tiba Herman tergerak hati bertanyakan pendapat kepada adiknya yang masih lagi di bawah umur. Kita dengarkan perbualan mereka berdua.

"Dik, abang nak berhenti studi kat US. Abang ingat nak beralih bidang, beralih angin ke bidang lain...," Herman bersuara

"Eh, kenapa pula tiba-tiba abang nak buat begitu? Dah lama abang studi kat U, tak rasa rugi ke nak tinggalkan bidang yang abang minat sangat dari dulu tu?" Norman membalas kenyataan abangnya dengan nada sedikit terkejut.

"Abang nak studi dalam bidang agama pula. Lagipun sekarang abang tengok dunia dah semakin teruk. Ada baiknya abang mendalami bidang agama. Mudah untuk abang menangkis hujah para orientalis yang selalu sangat memutar belitkan fakta tentang agama kita."

Norman sekadar tersenyum tapi masih berdiam diri. Dia memberikan laluan buat abangnya melahirkan isi hati yang seolah beku, mungkin mindanya sudah terpengaruh dengan fahaman lain. Bisik kecil adiknya.

"Abang betul-betul nak berhenti studi ni, dik. Abang nak pergi mengaji kat Mekah pula. Kalau tak pun abang nak pergi U kat Mesir. Pasti menarik kan..." berbunga-bunga suara hati abangnya ini; semangat nan mekar seketika sahaja.

Herman membebel agak lama [walaupun sebenarnya tidak kerana dalam babak kartun, plotnya sedikit. aku saja menambah bagi menceriakan isinya]. Adiknya Norman masih lagi tidak berganjak dari diam yang panjang. Dia sekadar membiarkan abangnya meneruskan bebelan, terasa sedap barangkali pada pendengarannya. Lagipun Norman tahu mungkin abang kusut fikiran kerana terlalu lama sangat duduk dengan bangsa penjajah di sana. Pasti abangnya bosan dan kemahuan Herman untuk beralih angin ke tanah Arab sebenarnya merupakan satu misi yang tidak terancang [merbahaya buat dirinya sendiri]. Norman hanya mampu berucap di dalam hati, belum sampai masa untuk diluahkan [mungkin sebentar lagi agaknya].

"Dik, abang tak mahu agama kita direndah-rendahkan martabatnya. Siapa lagi yang mahu menjaga nama agama kalau bukan kita? Di sana, musuh-musuh Islam semakin berani pedajal agama kita. Mereka membangkit isu panas sepanas-panasnya. Abang sedih. Inilah sebab utama abang nak tukar bidang. Beralih angin ke bidang agama adalah satu tindakan yang terbaik bagi abang. Abang rasalah...," semangat abangnya  masih lagi marak membara tanpa turun barang sedikitpun.

"Eh, dari tadi adik dengar abang, mencelah pun tidak. Takkan adik takde sebarang pendapat? Abang sudi dengar." Norman tersentak, memang dinantikan soalan ini.

"Abang, Islam tidak pernah berada rendah dari parasnya. Islam agama suci dan itu pasti. Dari kacamata adik yang kecil sangat ni, adalah lebih baik abang berfikir beribu kali sebelum bertindak beralih bidang. Bukankah abang tetap boleh berjuang walaupun berada dalam bidang kejuruteraan? Lepas habis studi, abang balik sini, lepas tu abang pergilah belajar balik kat Mesir. Itupun kalau abang rasa nak lagilah sambung belajar. Kos belajar ni boleh tahan mahalnya tapi kebaikkannya lebih banyak dari buruk. Ilmu kan mengangkat martabat orang yang menimbanya. Betul tak abang?" Norman membalas panjang

"Jadi, maksudnya..,?" Herman bertanya semula kepada adiknya

"Maksud apa lagi ni, bang? Senang ceritalah sebab adik taknak abang terlanjur memilih bidang yang tidak berpadanan dengan diri abang. Adik tahu abang minat kejuruteraan dari dulu lagi, jadi tak perlulah berganjak dari keminatan abang tu. Agama tetap didahulukan, itu sudah pasti. Tapi abang kena fikir banyak benda sebelum beralih angin. Lagipun abang kena ingat, bukan semua orang yang belajar di Mesir tu balik Malaysia jadi ustaz, ada yang balik jadi unta."

Herman kaku. Bungkam mulutnya tiba-tiba. Perutnya Herman lapar, dengan bangganya Herman mengajak adiknya melepakkan diri di KFC. Herman masih malu. Malu mendengar hujah adiknya. Unta, memang kena pada tempatnya. Padan muka aku, kata Herman.


P/s: Aku cukup meminati lawak kartun dari majalah Ujang, Apo, Gila-gila dan dari segala jenis yang sewaktu dengannya. Dan cerita di atas adalah salah satu daripadanya. Terima kasih buat majalah2 berkenaan kerana berjaya membuat aku berfikir tentang hal yang aku rasa penting sangat. Ustaz dan Unta tetap mengingatkan aku kepada sesuatu perkara. Marilah kita sama-sama menilai manusia bukan dari status dirinya kerana manusia tetap manusia. Dan manusia takkan pernah sepi dari melakukan kesalahan. Jangan mengutuk orang lain pula sedangkan diri terlebih teruk berbanding mereka yang langsung tahu tentang alif, ba dan ta. Nah, pening kepala? Ceh, pura-pura lagi sana ;p


Tangan yang menulis ini: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top