ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pisau Bermata Ala Rambo Tanpa Geriginya

klik foto bagi meluaskan pandangan mata

++ Tadi besi tempa Perlis. Kali ini pula, besi kepada gergaji besi [aduhai, berbelit-belit pula menyebutnya]. Pisau ini mempunyai rupa ala-ala Rambo. Bezanya cuma terletak di bahagian hulu dan sarungnya [Rambo tak pakai pisau berhulu dan bersarungkan kayu melainkan fiber sahaja. Mungkinlah]. Teramat sesuai untuk dijadikan senjata dalam pertempuran tangan berisi [bersenjata]. Mengapa? Jawapan mudah dari aku pasti kerana ia kecil dan mudah digenggam tanpa lepas mudah atau jatuh dari tangan. Dari segi permainan pula bagaimana? Adalah lebih baik menggunakannya mengikut istilah 'Dalam Rumah' berbanding 'Luar Rumah' seperti yang dilakukan Rambo dalam filemnya.

Mengapa tak boleh? Bukan tak boleh tapi sebaiknya kita guna 'Dalam Rumah', ia terlindung dari penglihatan musuh. Andai 'Luar Rumah', musuh pantas melihat dengan mudah lalu berjuang mati-matian untuk merampas atau bertindak menjatuhkan pisau dari tangan. Bagaimana pula dengan kelebihan? Kelebihannya terletak pada mata besi, tajam! Dan disahkan oleh bulu kaki aku yang berjaya dilicinkan sedikit bagi menguji ketajamannya. Lagi? Pasti keselesaannya. Ia bebas merewang 'Dalam Rumah' seperti aksi permainan kerambit. Kalau luka macam mana? Bukan namanya pisau kalau ia tidak melukakan. Kita bebas melakukan penilaian ke atas setiap aksi sekiranya kita berlatih dengan menggunakan pisau berkenaan. Sebut pasal latihan, kerambit dah lama tak dipraktikkan. Sibuk kekononnya jadi alasan. Aduh... Sekian.

Wassalam [...]

Info pisau dai bengkel Ayahanda oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top