ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Mengumpat (Ghibah) Sudah Menjadi Tabiat Biasa Di Zaman Ini


"Leha, cuba kau tengok si Minah tu. Gatalnya. Dasar perempuan sundal." Leha melempiaskan seranahnya tertuju buat Minah Ronggeng.

"Itulah, Nab . Kalau dah sundal tu sundal juga. Dahlah kerja dekat kelab malam. Bertambah-tambahlah sundalnya. Entah berapa ramai jantan, laki orang yang dibahamnya" Zainab Kepoh mengiyakan seranah si Leha Becok.

+++ Apakah pengajaran dari cerita di atas? Sebagai umat Islam, kita maklum dengan 'Ghibah' atau mengumpat mengikut terjemahan ke bahasa Melayu. Hukum kepada 'Ghibah' adalah HARAM! Dalilnya?

"... Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya..."

[Al-Hujurat: 12]

Apakah aku pernah mengumpat? Eh, kita semua pasti pernah melakukannya atas nama kebenaran pada cerita yang kita hidang buat santapan halwa telinga teman seumpatan kita. Ah, bohonglah kalau tidak ada!

Tangan yang menulis: Ampuan Awang
Message sent from Nokia 5730XM Hacked Series!

2 comments :

cemomoi said...

hari-hari kita makan daging saudara kita ye... kalau tak betul apa yg kita kata jadilah fitnah

Ampuan Awang said...

Ya, hari-hari. aduh, tiba-tiba sakit kepala. eh, nak ke gelang tu? karang aku upload lagi gambar gelang2 [...]

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top