ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Luluskan Lesen Judi Piala Dunia Bakal Mengundang Padah Pada Bangsa Melayu!


Tindakan meluluskan lesen bagi perjudian (penghalalan) piala dunia bakal memberikan impak maksima dan pasti mendapat respon hangit daripada rakyat. Kita maklum sekiranya lesen ini diwujudkan, maka semakin ramailah para penjudi turut serta dan yang paling menyedihkan, pelanggan utamanya datang dari kalangan Melayu (Bumiputera).

Sewaktu menuntut di Melaka dahulu, suasana sebegini telahpun dilalui walaupun bukan Melaka bukan pusatnya. Tahun 1998 contohnya, aku acapkali turun ke ibukota Kuala Lumpur. Urusan apa di sana? Sekadar berjalan. Itu saja jawapan yang mampu aku berikan selain dari berjalan-jalan melihat sendiri demonstrasi reformasi yang hangat meniti di bibir rakyat suatu ketika dahulu.

Aku melihat sendiri bagaimana seorang rakan selatihan tak senang duduk, leka bermain mesin judi dari jenis 'Kuda' di sebuah tempat di pertama kompleks.

"Laa, kau rupanya. Ingatkan kau tak reti main ni." kata sahabat aku tu sebaik saja terperasan kelibat aku di belakangnya.

"Ah, aku tak reti mainlah. Kau tu lainlah, taik kuda. Berapa untung? Sempat kayakah? Ke tak sempat nak jadi kaya?" aku sengaja memerli tapi apa yang aku dapat hanya senyum kambing mengembek diulas pada bibir yang sengaja dimuncungkan. Seolah setuju sangat dengan gelaran 'Taik Kuda' itu.

"Takdelah kaya. Sekarang tengah kalah tapi tak banyak, baru 300 hilang. Jangan risau. Ong aku datang karang tapi kau pergilah dulu, aku takut kau jadi penyebab sial kekalahan aku di meja ni." aduh, dah rugi RM300 pun masih mampu senyum. Kalau bajet sendiri mungkin aku malas nak tegur tapi ini bajet mak ayah untuk dia belajar (kekononnyalah). Kasihan sungguh.

Apa perkaitan cerita di atas dengan penghalalan lesen judi piala dunia? Marilah kita bersama bukakan mata seluas-luasnya. Tahun 1998 bukanlah tahun bermulanya mesin-mesin perjudian di ibukota Kuala Lumpur tapi ia sudah ada sebelum itu lagi. Pembisnes yang membuka premis ini bukan dari kalangan orang bumi (Bumiputera) tapi pelanggannya hampir 90% orang bumi (Bumiputera). Apakah kita rela membiarkan orang Melayu terus melayu dan membiarkan mereka yang hanyut itu terjun ke dalam laut bersama labu sebagaimana si Luncai terjun bersama labu-labunya? Sila jawab wahai para pemegang dasar...

P/s: Kepala jadi bingung. Semakin hari semakin banyak perkara yang seolah dihalalkan. Lesen perjudian 4 nombor ekor, 6 nombor ekor, Jackpot dan sebagainya semakin bertambah premis pembeliannya. Siapa pengunjung tegar premis ini? Aduh, sudah pasti dari keturunan yang mahu kekal menjadi 'Tuan' di negara merdeka tapi pelakuan mereka seperti mahu menjadi abdi dalam negara sendiri!

Tangan yang menulis ini: Ampuan Awang
++ Inginkan bangsa maju ke depan; bukannya kembali mundur ke belakang!
Message sent from Nokia 5730XM Hacked Series!

6 comments :

Farah oh Farah said...

objection! bleh tak gua nk naik jd PM, nk haramkan judi tu?? spe sokong gua angkat kuku kaki palinng kecik!

Ampuan Awang said...

eh, farah. rasanya takkan terjadi kot sebab ia dah jadi salah satu dari hasil pendapatan negara; cukai dipungut dari pengusaha premis mesin berkenaan ;]

KaiZeN SHiNoBi said...

kita xleh watpe... hanya bleh menyuarakan sahaja..

kalau atas kata allow... maka jadilah ia...

cubalah malaysia seperti brunei kan? nak jual arak.... simple je orang atas dorang cakap, NO, xnak bala dari Allah... settle...

Ampuan Awang said...

brunei? benar tapi bagi rakyatnya yang suka meneguknya akan lari ke sempadan negara kita; minum di sana...

tehr said...

salam

pemandu bas dipersalahkan bila bas kemalangan

kita pula ramai2 menumpang bas yang dipandu oleh pemandu mabuk!

...harap anda faham maksud saya

Ampuan Awang said...

salam kembali, tehr.

alahai. betapa sempitnya pemikiran mereka yang memegang dasar. "aduh, pening kepalaku" :- iklan sebentar ;]

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top