ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kucing Peliharaanku Yang Hilang Pernah Berbahas Tentang DEB Yang Kononnya Tidak Lagi Relevan



++ AKSI gambar di atas, diambil secara spontan. Entah apalah yang dipikirkan kucing ni agaknya? Mungkin ia sendiri sudah bosan mendengar bebelan manusia yang berbicara lebih lurus arahnya ke materialan semata-mata. Atau ia sendiri terasa hendak menyuarakan pendapat dengan menyatakan betapa bodohnya seorang bijaksana berkulit gelap yang datang daripada golongan sayap kiri bertaraf hakim berkerusi roda, lantang bersuara menentang perlaksanaan hukum hudud. Sudah terang lagi bersuluh! Barangkali hamba Tuhan yang pintar ini tiada mengetahui perkara sebenar yang dibahas oleh sekutunya sesayap dengannya. Kan dah heboh satu Malaya! Aku sendiri pun boleh bosan, kata kucing di atas. Atau mungkin kucing ini sedang membayangkan bagaimanalah sekiranya dasar ekonomi baru (DEB) itu dimansuh atau dipinda? Apa bakal terjadi dengan Melayu? Tanggapan orang dari bangsa mereka hanya memandang mereka-mereka yang dah maju tapi hakikatnya, peratusan melayu dalam ekonomi masih rendah.

Menurut kajian si kucing, dasar ekonomi baru (DEB) diwujudkan bagi mengimbangi jurang perbezaan dari segi ekonomi antara kaum lain khasnya bumiputera tapi mereka tetap mendesak, sedangkan dasar itu telah dipersetujui oleh pemimpin mereka yang terdahulu. Tidak cukup dengan DEB, mereka dengan bangganya mengatakan bahawa bangsa Melayu sendiripun bukan warga asal yang mendiam di tanah ini sekian lama! Inilah masalahnya kalau tidak mengulangkaji sejarah, kata kucing. Ikuti temubual yang aku aturkan setelah sesi pengambaranku tamat sebentar tadi. Dan aku rasa beribu kali ulang tayang pun tidak mengapa kerana fenomena berbahas dengan binatang spesis adalah yang pertama dirakamkan secara 'Live' di alam nyata (dengan aku saja).

Kucing: Memang tak patut dorang pertikai pasal bab hudud ni. Aku tak sokong langsung!

Aku: Eh! Kenapa kau cakap begitu pula, kucing?

Kucing: Dorang sepatutnya bertanya dan berusaha untuk menyelidik sendiri sebelum membuat apa-apa kenyataan.

Aku: Entahlah, aku tak nak campur urusan yang dah dipolitikkan ni, kucing.

Kucing: Laa... Seharusnya kaulah yang patut buat yang lebih, aku ni cuma seekor kucing. Pendapatku bukan boleh diterima manusia!

Aku: Janganlah kasar sangat, terasa pula aku kalau kau cakap begitu. Hmm... Kita tunggu dan lihat saja apa yang dorang nak buat lepas ni.

Kucing: Eh! Takkan kau nak tunggu hak yang kau ada sekarang terlucut dek perbuatan dorang? Memang kau ni jenis yang suka bangsa sendiri ditindas. Sebagai kucing, aku malu dapat tuan macam kau. Penakut!

Aku: Aaaaa...

Kucing: Ini lagi satu. Sudahlah dulu kesnya meletup dengan bersetubuh, pandai pula dia kata yang bangsa kau bukan warga asal di bumi melayu ni. Nampak macam kau pun golongan imigran macam mereka. Dari mana pula dia belajar ni? Inilah masalahnya kalau kurang mengkaji sejarah, ikut suka dia!

Aku: -tersenyum-

Kucing: Ya! Sekarang kau masih boleh senyum tapi kau tengoklah nanti kalau suku-sakat dorang yang tadbir negara ni. Barulah engkau sendiri meraban tak tentu hala. Permintaan kau masa tu, mungkin takkan dilayan. Sejarah tak menipu, cuma faktanya saja sering berubah, itupun disebabkan kepentingan yang kau sendiri tak tahu. Aku tak tahu apa-apa sebab perjalanan hidup kucing seperti aku ni tak sama dengan manusia macam kau!

Aku: Sejauh penelitian kaulah, apa masalahnya sebenarnya?

Kucing: Entahlah. Aku kurang pasti pula... Beginilah, aku cuma nak ajak kau berfikir sedikit. Aku harap kau boleh memahaminya. Miaau! Baru-baru ni aku ada terdengar satu berita yang kau baca kat paper, tentang dasar ekonomi baru (DEB) yang dorang cakap dah tak relevan. Aku nak tahu, dari sudut mana dorang ambil bagi membuktikan dasar tu tak relevan dan tak boleh diguna pakai? Hmmm... Aku nak bawak kau kembali balik ke tahun 1970. Aku siap ada faktanya lagi. Dalam hak pemilikan modal saham syarikat-syarikat bersatu, melayu cuma 13 724 berbanding cina dengan 177 438. Itu baru dalam pertanian, perhutanan dan perikanan. Eh! Cakap banyak pun tak guna. Menghabiskan air liur saja. Cuba kau lihat fakta nombor yang aku cakap tadi. Yang lain pun sama juga, dorang lebih tinggi dari suku kau. Kau fikirlah sendiri. Mungkin ini berlaku atas kelemahan kau sendiri yang kuat berlembut sampai tak sedar yang kau sebenarnya ditindas secara halus. Silap orang-orang kau juga, suka dengan dasar Ali bin Baba. Susah aku nak terangkan lebih-lebih.

Aku: Jadi kesimpulannya?

Kucing: Tak perlu menyimpul. Baik kau dengan bangsa kau tu bersatu, jangan bertelagah antara satu sama lain. Utamakan kesepakatan walaupun berbeza fahaman. Yang paling penting, jangan dituruti sangat perangai yang kuat sangat berebut kerusi. Jawatan takkan lari ke mana kalau Tuhan nak bagi. Berjalanlah mengikut landasan sebenar. Aku tahu dasar politik itu kotor tapi penyebab berlakunya kekotoran itu datang dari orang itu sendiri. Senang cerita, bersihkanlah. Buang mana yang patut dibuang. Jangan disimpan mereka yang jalang kerana mereka ini bakal menjadi duri dalam daging; api dalam sekam. Aku harap kau faham maksudku.

Aku: Malunya aku. Tak sangka kau lebih bijak dari aku, kucing. Tak rugi aku pelihara kau. Macam Doraemon pula. Apapun terima kasih sebab kau sudi untuk ditemubual.

Kucing: Aku tak sudi sebetulnya tapi aku tengok kau nampak macam beriya-iya nak tahu sangat. Sebab itulah aku cakap dan cuba jawab. Iyolah, aku pun dah penat ni. Jangan lupa pula makanan aku karang. Aku lapar ni! Hmm sama-sama. Miaaau...

Aku: Ok...

++ Perbualan dengan si kucing tamat begitu saja. Malas nak panjangkan, khuatir pula fakta yang dia keluarkan berjela-jela. Nantilah kalau aku ada masa, aku tanya dia lagi. Tak lari ke manapun dia ni, kat rumah aku saja. Tapi itupun kalau dia ada masa atau sedia untuk ditemuramah tapi malangnya kucingku ini telah hilang dicuri dek orang. Mungkinlah.


Tangan yang menulis: Ampuan Awang
Ditulis pada subuh 17 Januari 2009

2 comments :

ozzy said...

kucing pun bijak..dulu sang kancil hehe

Ampuan Awang said...

ya, kucing pula yang terlebih bijak dari tuannya. untung benar kalau kucing ini tak hilang. siap buleh berbahas lagi tu [...]

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top