ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kias Rumi: Tentang Terbangnya Beburung; Kaitannya Dengan Masyarakat Yang Hilang Keserasian




Berkias Rumi : "Bagaimana harus seekor burung terbang, kalau tidak sesama jenisnya sendiri? Masyarakat tanpa keserasian, menuju kematian dan pintu kubur." [Masnawi, B2:2102]

 ++ Sesuai yang amat untuk kita tujukan buat masyarakat di negara kita yang berbilang suku kaumnya. Tanpa keserasian dalam perhubungan di antara mereka, pasti akan kerap berpecah lalu membentuk kelompok-kelompok baru yang berpuak-puak. Mereka yang termasuk dalam golongan ini akan mempengaruhi minda saudara-saudara yang lain tanpa segan silu menjadi dalang dalam siri pembunuhan senyap. Ya, mereka pembunuh senyap; berselubungkan kain hitam yang tak nampak kala gelap; menjadi api yang membakar dalam sekam!


Terjemahan teks asal oleh: Pak Darma [Darma Mohammad]
Diabadikan kembali ke laman ini atas dasar ilmu oleh: Ampuan Awang

2 comments :

sindiketFOTOGRAFi said...

tanya sama itu hud-hud.lagu m.nasir.sangat suka sarat makna.macam blog ni.

teringat pulak apa yang saya belajar masa kelas sejarah.macam mana lepas habis saja zaman Khulafa Ar-Rasyidin,umat Islam mula jadi abbasiah balik.sarat dengan semangat kepuakan.dan akhirnya macam-macam masalah timbul walaupun wujud kerajaan-kerajaan Islam selepas itu.

aduhai.

Ampuan Awang said...

Salam saudara.

memang ia lgu m. nasir tapi itu secara kebetulan. sebenarnya aku mengambil gelar nama anak sahabat baik aku, Hud nama anaknya.

tentang puak, aku langsung tiada mahu memberikan komen kerana ia isu sensitif bagi sesetengah pihak. mudah2an kita dijauhkan dari sikap suka berpuak-puak.

terima kasih atas kunjungan. blog ini blog biasa, tiada bermakna. tujuannya tak lebih dari sekadar berkongsi rasa dan ilmu yang sedikit dalam kepala. itu saja.

wassalam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top