ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kerambit: Senjata Persalinan Wanita Zaman Silam.


klik foto bagi meluaskan lagi pandangan mata kalian

++ Tak perlulah berhujah panjang tentang kerambit kerana kita sudah maklum dengannya [tapi sejarahnya perlu kita ingati jua]. Jelajahlah mana-mana laman yang berbincang mengenainya. Cuba perhatikan kedua-dua foto kerambit di atas. Foto pertama hak kerambit versi lama, sementara foto kedua pula versi baru (cantik pada mata saja). Kadang-kadang aku tercari-cari juga perempuan yang memakai kerambit sebagai persalinan diri [Sanggul]. Oh, sudah tidak ada lagi perempuan jenis begini di zaman serba-serbinya telah masuk ke peradaban baru. Barangkali bagi perempuan yang memakai tudung sesuai untuk menggunakannya (sebab tudung itu melindunginya dari kelihatan). Itu kemungkinannya saja tau cuma angan-angan kosong yang terlintas di kepala. Siapalah agaknya pemilik kerambit pada foto ini? Akulah pemiliknya. Ya, akulah yang empunya kerambit! Senyumku melebar kala menaip bait di atas aksara komputer riba milik bersama si induk berasku :) . Sekian.


Wassalam [...]


Tangan yang menulis: Ampuan Awang
++ Kerambit ternyata bebas untuk merewang ke sana ke mari mencari mangsa semasa berlaga dengan sang musuh. Ia jelas tidak pernah menghampakan pemiliknnya tatkala ia diusung ke medan pertempuran terutama apabila senjata sudah tidak ada dalam tangan, ia pasti akan keluar mencari sarungnya. Menyarung di mana? Biarkan tubuh musuh menjadi penganti sarung asalnya! Selamat tinggal musuh durjana...

7 comments :

Loyar Lawa said...

hahahahah kerambit...suke sangat...nak tapi ayah tak kasi...muahahaa...

tapi letak kat tudung susahlah... payah nak bawak keluar...muahahhaa

Ampuan Awang said...

bulehlah, cik oi... ia datang dari diri saja tu

hanis aleeya said...

nak cari benda ni susah sekarang... mana dapat tu??

Ampuan Awang said...

hanis, hak ni aku punya. besi aku buat sendiri, sarungnya ayahanda yang tolong buatkan... nak satu? hmm ada jual kat kelantan. cuba cari link kat sebelah kanan blog aku ni. hak yang tulis namo CIKGU NASIR. kat situ ada...

amri said...

saya ada jual..rm35..cod KL..he he..

http://abeamri.blogspot.com/

GoldenPhoenix said...

sesiapa ada menerima tempahan kerambit moden @ western style dan kunai @ throwing knife, sila email saya dan nyatakan sebut harga sekali.. tq.

-utk tujuan jungle tracking dan latihan beladiri.

hyppo_88bs@yahoo.com

Ampuan Awang said...

GoldenPhoenix,

sedara buleh berhubung terus kepada sedara Amri melalui blog di sini Abe Amri dan di blog Cikgu Nasir di Cikgu Nasir

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top