ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kekalkan Jawatan Musa Hassan Sebagai Ketua Polis Negara [KPN]



Oleh: Ampuan Awang

Rungutan demi rungutan, hujah demi hujah diluahkan terhadap PDRM dalam kes tertembak yang berlaku awal pagi isnin lalu. Pelbagai reaksi dan tanggapan turut ditemukan apabila kabinet dikatakan bersedih di atas pemergian arwah adik Aminulrasyid semasa bersidang di dewan rakyat sehari yang lepas. Ditambah lagi dengan kenyataan ketua polis negara yang dikatakan beremosi dan berbaur ugutan ketika ditemuramah sidang akhbar. Antara kata-kata yang dipertikaikan:

1. "Banyak sangat tindakan kita dipertikaikan. Padahal, pegawai dan anggota saya sekadar menjalankan tugas mengikut bidang kuasa dan peraturan ditetapkan. Tapi, bila kita buat kerja, macam-macam mereka kritik.

2. "Saya mahu tanya pihak berkenaan... mereka mahu kita menguatkuasakan undang-undang atau tidak. Kalau mereka tidak mahu, tidak payahlah pegawai dan anggota saya tahan kereta, tangkap penjahat, mat rempit dan sebagainya. Lagi senang kerja kita,"

Kenyataan ini disalah ertikan oleh segelintir pihak yang mempunyai niat tertentu yang lebih bersifat peribadi yang mengarah kepada fahaman kepartian. Mengapa? Mengapa mereka tidak senang dengan PDRM sedangkan mereka tahu bahawa tugas anggota yang bekerja di bawahnya menghadapi risiko berdepan maut dalam situasi getir dengan penjenayah. Persoalannya, mengapa mesti mempertikai segalanya? Keadilan untuk arwah adik Aminulrasyid sememangnya wajar dituntut tapi kenalah pada tempatnya; bukan membalas dengan menghantar memorandum kepada PDRM agar ketua polis negara [KPN] meletak jawatan atau beliau [KPN] tepaksa berdepan dengan demontrasi diseluruh negara bertujuan membantah kekerasan yang dibuat oleh pihak polis. Adilkah? Apakah ini langkah paling cocok yang mampu dicernakan oleh para bijakiawan yang ada di Malaysia?

Dengan rasa hampa aku menyatakan bahawa kita [rakyat] masih lagi berada ditakuk yang sama. Idealisme yang berlingkar menyebabkan pergerakan otak kita semakin sempit sehingga kita lupa bahawa kita ini sedang berhadapan dengan masalah yang sama tanpa kita sedari. Pihak polis sudah melakukan yang terbaik bagi jabatan mereka. Tidak perlu lagi memanjang cerita dengan menambah versi variasi bagi menarik minat masyarakat membenci polis. Kes adik Aminulrasyid bakal membuka mata orang awam tentang sejauhmana peranan ibu bapa dalam menangani masalah anak mereka. KPN tidak beremosi sama sekali tetapi ada segelintir dari orang besar di luar sana tidak bersenang hati; malah sebenarnya sudah ketemu peluang untuk menjadi isu baru bagi mengucar-kacirkan institusi berunifom di Malaysia.

+++ Dari kacamata aku sebagai orang awam tersangatlah hampa apabila aku lihat terlalu ramai yang menghina dan mem'BABI'kan segelintir anggota polis yang tidak bertanggungjawab dan terus menuding jari keseluruhan anggota yang ada dalam jabatan tersebut. Ini aku lihat terlalu berat sebelah. Foto di atas aku petik dari 'Shout Chat' sebuah laman di mana penulisnya bertindak mem'BABI'kan pihak polis. Nampaknya kita perlu ingat kembali. Kita ini manusia; manusia takkan pernah betul pada landasannya. Mana yang salah, sama-samalah kita muhasabah; bukan berpiket segala. Kita ada hak untuk bersuara tapi kena tepatlah pada tempatnya. Otak bijak berada di puncak kepala; bukan di kepala lutut kakinya.

Message sent from Nokia 5730XM Hacked Series!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top