ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Ikatan Kaspersky 9.0 Bersama Nokia [Penyelamat Dari Deringan Yang Menghangitkan]

Dulu, aku pernah merungut apabila berhadapan dengan panggilan yang entah apa-apa entah. Siap ada yang berbaur ancaman dengan menyatakan latar belakang dirinya sebagai seorang anggota polis. Kalau dulu ada tiga kad sim tapi sekarang tinggal satu saja yang kekal, lebih tenang dari kerap berlaga angin dengan bayang-bayang yang langsung kita tak kenal dari mana asal usulnya.

Lalu aku mencari langkah penyelesaian dan akhirnya menemukan Kaspersky Mobile Security KMS 9.0 versi Symbian untuk peranti mudah alih Nokia milik aku. Aplikasi anti-virus ini menarik dan berjaya menyingkir nombor-nombor yang tak berkenaan dari terus menembusi talian kita. Padan dengan muka orang yang membuat panggilan. Bukan aku tak layan tapi bila dijawab panggilan, dia diam dan lepas itu meletakkannya semula. Panas sungguh.

Kaspersky 9.0 Mobile ini dijual secara online di lamannya kaspersky Lab dengan harga $29.95. Akan tetapi aku memilikinya secara percuma. Al-maklumlah, perisian rosak berlambak-lambak di internet. Pilih saja, asal tak tersilap pilih. Khuatir yang datang bukan anti-virus tapi virus! Dalam versi KMS 9.0 amat berbeza sekali berbanding versi 8.0 di mana terdapat perubahan pada kulit ikon dalamannya, namun fungsinya tidak berubah pun. Mari kawan-kawan, kita hindarkan diri dari panggilan yang menghangitkan suasana dalam kehidupan kita. Senarai hitamkan nombor yang tidak ada dalam senarai kontak kita dari terus menghantui diri dan akhirnya membuat diri kita dalam dilema. Aku sudah berjaya, kalian bila lagi?

Wassalam [...]


Tangan yang menulis: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top