ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Gema Sorak Di Gelanggang Judi!


Bakal berpindah
Dari tangan ke tangan
Jatuh di atas meja permainan
Gelanggang sudah bertukar nama
Bukan lagi pengikat tali ukhuwah sesama manusia
Ia ternyata menyimpang
Jauh menyonsang dari tujuan sebenarnya

Inikah sebenarnya negara merdeka?
Negara yang mahu mengamal hukum Tuhan semaksimanya?
Tapi mengapa ia bagai berpaksikan sekularisma
Mengetepikan hukum agama
Menjarak hubungan politik dan yang sewaktu dengannya
Kini, detik itu kian mendekat
Sorakan semakin jelas kedengaran
Riuh rendah bersahut-sahutan
Datang riuh bukan kerana kemenangan pasukan pujaan
Tapi kerana laba; laba menukar gelar miskin kepada jutawan

Lalu kulihat mereka berlalu pulang
Ada yang pulang membawa hasil lumayan
Ada yang pulang menggalas duka berpanjangan.


Tangan yang menulis ini: Ampuan Awang
++ Tembak tersasar jauh kemuka pintu. Hantuk terhantuk dahi terkena dinding.

5 comments :

LanaBulu said...

bila bukan ahli yg menjadi pemimpin ..mereka seolah2 mengudang bala dari Allah swt..
minta dijauhi Allah.

LanaBulu said...

bila bukan ahli yg menjadi pemimpin ..mereka seolah2 mengudang bala dari Allah swt..
minta dijauhi Allah.

cemomoi said...

di depan skrin berkumpul penyorak judi, di dalam stadium berkumpul kaki judi, di tepi padang berkumpul broker judi, di dalam padang berkumpul pemain judi, argh ramainya taik judi sehinggakan kita ikut juga pemerhati perkembangan judi

judi itu haram tapi haram mereka tak peduli

Ampuan Awang said...

sahabat...

Nauzubillah. minta dijauhkan Tuhan

Ampuan Awang said...

aduh, Cemomoi...

benar, dah ramai duduk tercongok kat kedai mamak tu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top