ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bukan Diterjah Tapi Dijejaki Dek Ben Ashaari



Sebuah blog yang mempunyai 1000 makna tersirat dan tersurat ... perlu penghayatan bila membaca entri entrinya ... Sbb tu aku memilih blog ini sebagai BLOG PILIHAN BEN ASHAARI pada hari ini .. Aku harap kita dapat beri sokongan pada blog blog begini ...Terima Kasih ..

+++ Hendak aku katakan apa agaknya pada pendapat di atas? Tidak ada langsung. Aku terus diam tak berbunyi. "... mempunyai 1000 makna tersirat dan tersurat ---> perlu penghayatan bila membaca entri-entrinya.". Sebenarnya aku memulakan aktiviti bersosial [secara sihat] melalui blog pada bulan April tahun 2007 di mana aku telah membina satu laman iaitu... [terlupa pula namanya]. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa melindungi pautan blog tersebut dari dilihat orang. Mengapa pautan blog lama disembunyikan? Entahlah, mungkin aku nak beralih angin agaknya, lagipun hampir separuh dari data-data lama yang berada dalam blog terdahulu dimuatkan di sini juga. Jadi tiadalah timbul masalah yang besar pun. Ayat 'Ulangan' pada tajuk entri itulah antara entri yang aku kembali ke sini.

Aku mengalami nasib yang sama seperti saudara Azree Ariffin yang dilabel sebagai terlalu skema terutama pada ayat-ayat yang digunakan. Biarlah, aku tak kisah langsung, label skema tetap aku anggap sebagai ucapan kata-kata yang membina [walaupun sebenarnya ada yang cuba meruntuh tembok kesabaran]. Apa lagi nak disampaikan? Setakat ini tidak ada tapi ucapan terima kasih aku tujukan buat saudara Ben Ashaari kerana sudi membelek blog yang hampir tiada rupa asalnya ini.Teruskan aktiviti menaikkan gred pemblogger di Malaysia [entah berapa ratus ribu lagi blog-blog yang ada agaknya.]. Ada baiknya aku berhenti di sini dahulu, ada kerja nak dibuat. Tataplah apa yang ada dalam blog ini. Sebarang kesilapan yang dilakukan pada setiap entri bukan atas kemahuan aku. Segala yang baik pasti daripada Allah SWT, manakala yang buruk itu sudah semestinya datang dari kelemahan diri aku sendiri. Salam kenal dari aku buat sekalian pengunjung yang datang bertandang ke sini. Sekian.

Wassalam [...]

Tangan yang menulis: Ampuan Awang
++ kekalkan penggunaan bahasa Melayu bukannya bahasa Malaysia! Kembalikan martabatnya!

2 comments :

Azree Ariffin said...

Terharu kamu sebut nama saya. Salam perkenalan ya!

Ampuan Awang said...

Salam perkenalan dari saya jua...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top