ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bangkitlah Pejuang Bangsaku...

Foto diperoleh dari lelaman Azlanjek

Wahai pejuang
Bangkitkan kembali semangatmu yang kelam
Dihanyutkan badai kemajuan yang deras
Mengharung liku-liku
berlarutan keadaannya
Jauh hingga lemas ke dasar

Watak-watak wiramu telah lama kembali
Jasa mereka...
Lupakah kalian akan pengorbanan yang pernah dicurahkan!
Pertempuran di Hulu masih berada jelas diingatan
Takkan padam ingatan itu
Walaupun ia cuma tinggal sebuah kenangan
Begitu juga di Hilir
Darah pernah mengalir di sana
Kalian lupakah!

Ke mana hilang rasa banggamu?
Pada warisan milik moyangmu dahulu
yang digelar pengkhianat
dicerca, difitnah oleh penjajah
dan yang sesuku denganmu
Hanya disebabkan rasa bangga pada dunia baru
Dunia yang wujud atas darah hangat
yang membasahi bumi bertuah ini

Semakin lama hidup
Semakin diinjak-injak
Merdeka bergema setakat di kerongkongan

Salam pejuang ku tujukan
Buat para wira terdahulu
dan yang terkemudian
Semoga cita-cita kita
Bersatu di bawah payung
beserta panji-panji Melayu
Menjadi bukti pada sejarah
Bahawa bangsa kita
Takkan pupus
dan takkan hilang di dunia...

Oleh: A. MerdekaRaya
++ Aku akan ulang berkali-kali puisi ini tanpa henti!

2 comments :

tehr said...

salam
perjuangan di dunia masa kini diteruskan dengan matlamat yang bercabang - agak sukar untuk mendapatkan hasil yang kemas dan membanggakan - dan mungkin juga sukar untuk meneruskan perjuangan

Ampuan Awang said...

salam kembali

aduh, betapa payahnya bila dunia saling gelut bergelut sesamanya...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top