ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bukti Artikel Foto Durbar Terbit Dalam Majalah Seni Beladiri Keluaran Disember 2009

Al-kisah sebuah cerita. Apabila aku dilabel sebagai 'Maling'


Tanpa perlu aku ungkap banyak. Aku berikan bukti bahawa aku bukan 'Maling'



Majalah Seni Beladiri Disember 2009

+++ Berguna juga 'Scanner' akhirnya apabila ia mampu merakamkan bukti melalui bingkai foto. Lalu ingin sekali aku bertanya, siapa 'Maling' yang sebenarnya? Alhamdulillah. Bukti sudah diberikan. Kini kita sendiri mampu menilai mana satu yang hak dan mana satu yang batil. Lalu aku lampirkan sekali artikel susulan yang dikeluarkan oleh Kapten (B) Mohd Thair Dato' Yahya. Ucapan setinggi terima kasih kepada Kapten Thair kerana sudi memberikan komen bernas berdasarkan fakta yang beliau ada. Sila lihat foto di bawah:-


Majalah Seni Beladiri Februari 2010

+++ Di zaman ini terlalu banyak fakta yang kita mampu perolehi dengan pantas di hujung jari. Kliklah apa saja, insya Allah maklumat yang kita kehendaki berada di depan mata. Tetapi, apakah maklumat yang diberikan itu benar-benar sahih? Terutamanya bab-bab sejarah, takkan kita nak hentam ikut suka tanpa kita tahu sama ada ia benar atau tidak. Ia memerlukan kajian dan bukan melalui klikkan aksara bertanya pada 'Google'. Dangkal sungguh rasanya apabila aku dicop sebagai 'Maling'. Pergilah keluar mencari data; bukannya duduk di depan komputer; data sebenar tidak semestinya berada di sana. Cis! Bikin malu kompeni saja! Sekian.

Wassalam [...]

P/s: Tapis mulut elok-elok sebelum  melabel orang sebagai 'Maling'. Periksa dahulu sumbernya. Sudahlah aku dah penat mengedit sebelum menghantar artikel ini ke Majalah Senibeladiri, aku pula yang dikata 'Maling' atas sebab tidak memberi kredit kepada tuan punya postingan. Macam mana aku nak bagi kredit sedangkan aku bersama sahabatku yang keluarkan artikel ini? Sebenarnya aku sendiri tak peka tapi baru aku perasan ada beberapa laman yang bercerita tentang hal yang sama. Sepatutnya kredit ditujukan kepada kami tapi haram, langsung tidak diberikan, malah ada yang siap tepek jenama laman mereka, kekonon merekalah yang keluarkan artikel. Ceh! Aku curi posting orang lain konon, dasar gelandangan!

Tangan yang menunjukkan bukti: Ampuan Awang

14 comments :

Ibnu Jamaluddin said...

Sabar ya sahabat...
Tenangkan hati saudara... ^_^

miss lolly a.k.a luvfareda said...

oh ni ke maling yg kamu cakap kat karpet GB tadi.


sabar je lah :)

Ampuan Awang said...

Eh, ni tengah senyum lebar. Malas nak layan. Atas sebab itulah segala komen ditapis sebab tidak berkehendak dengan mesej-mesej yang datang dari 'Anonymous', memberikan komen tanpa nama, berani pula mengata kita 'PENCURI'. Kasihan sunggoh. Cuba sahabat besarkan foto tu, kemudian cuba baca isinya [rasanya boleh baca tu]. 'Awang' dot...dot...dot tu ambolah, Zaffuan tu sahabat karib ambo. Aduh, rasa macam nak menjitak oranglah pula.


Terima kasih atas perhatian sahabat. Kunjungan sahabat ke sini dihargai...

Ampuan Awang said...

hak inilah dia, cik lolly. malas nak heboh tapi bila sudah dikata 'CURI' maka kenyataan perlu dibuat sebab den bertanggungjawab atas artikel ini kerana ia hasil kerjasama den dengan sahabat karib den di Pahang. begitulah ceritanya cik lolly.

ASaDa RyutaRo said...

halamak.. sampai kena cop jadi maling pulak dah.. sabor je la..

yang benar tetap benar.. yang salah jangan biarkan terus bersalah =)

Ampuan Awang said...

@ASaDa RyutaRo
perlukah aku bersabar? ingin saja kujotos2 muka si pengata maling itu. ceh, dapat artikel dari blog orang kata aku maling. cis, artikel ni aku yang hantarlah! [aku cakap tuk si pengata maling], hanglah yang curi artikel ni] ;)

ok ke tu, aSaDa?

~Blabberina~ said...

hehe,mmg kelakar kes ni..suka suki je kata orang ye..sedangkan kenal pun idak dengan penulis artikel sebenar..

Ampuan Awang said...

@~Blabberina~
entahlah, rina. mungkin dah nasib kami kot. biarlah. hal dah lepas ;)

Mknace said...

:) :) :)
hahaha.. semua kita je la yang maling
diaorang je la yang sentiasa
terbaeekkk!!!!

singgah pagi dari mknace unlimited

Pendekar Berkuda said...

hehe..sesiapa yang singgah kat shoutmix tu memang senang nak detect kepenipuannya...so jangann risau la... adesh~!

mantap gaya~!

Kodet said...

Menarik majalah ni.. tunjuk pembohongan sejarah ... gmbr tu ada dlm buku teks tu

Ampuan Awang said...

Majalah menarik? kami jadikan majalah ini jadi wadah 'tuk tunjuk bukti bahawa sejarah telah diputar-belitkan. tapi... masih tiada sebarang tindakan dari dulu sampai sekarang. kami ada rasa sedikit hampa

ferra ferro said...

naseb ade bukti . hhihhi .selambe tudoh .. majalah tuuu macam best je . =)

Ampuan Awang said...

ferra ferro,

itulah pasal... selepas saja ditunjukkan bukti, blog yang berkenaan memadam entri tadi. dan aku rasa sahlah ia datang dari empunya blog

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top