ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Antara H.A.N.T.U Dan T.U.H.A.N



H. A. N. T. U
    Ramai takut mengeja
        Apatah lagi mahu menyebutnya
            Minta di simpang Malaikat 44
                Minta di jauhkan pertemuan
            kerana dikatakan buruk amat
        rupa parasnya --- mengerunkan
Takutnya mereka
    Mengalahkan takutnya diri kepada T. U. H. A. N
        Beza antaranya
            Hanya ejaan
                Cuma perlu ditunggang terbalikkan
T. U. H. A. N
    ketentuan datang dari-Nya
        Usul zat tiada perlu diperdebatkan
            takut terlajak perkataan
                khuatir diri disalahertikan
                    tersilap pemahaman
                        bermazhab songsang...
                    Maha Suci Tuhan lebih mengetahui
                Ketakutan wajib didahulukan pada-Nya
            melebihi rasa takut pada selain-Nya
Hilangkan rasa takut
    pada ejaan H. A. N. T. U
        Bunyinya Hantu
    Tinggikan rasa takut pada T. U. H. A. N
Bunyinya Tuhan
Takut H. A. N. T. U
    dan takut T. U. H. A. N
        Berlawanan sifat
            Makna tersirat antara Iblis dan Allah
                Derhakanya Iblis mengundang petaka
            murka-Nya Allah
        dilempar Iblis daripada syurga
    Duduk mendiam di dalam dunia
Maka lahirlah golongan penyamar
    hasil perkongsian sesamanya
        Sehinggalah turunnya Adam
            Baka berkembang ke jagat raya
        Diangkat martabat
jadi khalifah manusia seluruhnya
Ingat kata Iblis!
    Akan aku sesatkan kamu sekalian
        kerana kamu aku menderhaka
            Dendamku kepada kamu
                tiada pernah surut
            kuseru sekalian pengikutku
        menarik kalian bersama
Menemaniku di dalam neraka
Maka sedarlah
    kalimat agung ini
        takkan terhapus
            Ucaplah selalu

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah;
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah”

Dengan izin-Nya
    H. A. N. T. U menjauh sejauhnya
        Timbul T. U. H. A. N
            Naikkan kebesaran-Nya ke dalam diri
        lalu bertahta di hati
    sehingga kita pergi
Kembali ke sana
    Pulang ke pangkuan-Nya...


+++ foto di atas ditangkap secara kebetulan melalui seorang rakan seperjuangan di Keningau. Aku [kami semua] langsung tak mengenali gerangan orang yang berada dalam gambar ini. Masing-masing menggelengkan kepala sebagai tanda tidak mengenalinya. Siapakah dia sebenarnya? Hanya Allah yang tahu siapa dia. Sekian.

Wassalam [...]

P/S:  Mahu 'Takut' kepada siapa sebenarnya? Kepada hantu atau kepada Tuhan? Kepada kedua-duanya juga tidak. Masakan mahu takutkan hantu (Iblis / syaitan / jin)? Mereka juga ciptaan Allah? Atau kepada Allah kita harus 'Takut'? Bukankah Allah itu perlu kita Cintai dan dekati pada setiap masa dan ketika? Maha Suci Allah Yang Maha Besar dan Maha Agung.

Tangan yang menulis: Ampuan Awang
Dipostingkan pada tanggal 14 September 2009

5 comments :

shafiq said...

ingat masuk facebook orang tadi bro..haha..


My latest entry : Aksi Kucing vs. Invisible Objects

ashrafi said...

aku suka yang ini...

Ampuan Awang said...

shafiq: bukan, bro. tersilap tu. dipersilakan menjelajah ke laman ini. dialu2kan beribu kali. insya Allah, akan aku jelajahi teratak mayamu ;]

ashrafi: 'Tingkiu' ;]

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Dari kecil dah terbiasa cerita2 gitu, jd dah lali ... kuat berpegang bahawa Allah SWT Maha Esa, Maha Berkuasa & Maha Pelindung. Insya Allah, bacaan ayat2 AlQuran akan sentiasa jd pelindung.

aly said...

uhh...a good entry for me ^_^ thnx

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top