ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Ulasan: Merantau Warrior [...]

Oleh: Ampuan Awang

Ketandusan filem-filem yang datang dari kepulauan nusantara sedikit terubat apabila filem 'MERANTAU WARRIOR' muncul dengan jayanya. Walaupun sebenarnya agak terlewat sedikit kerana filem ini berada di panggung pada oktober 2009 tapi diri tetap berminat hendak memberikan ulasan tentang keberjayaan filem ini dari kaca mata aku sebagai penonton.

Permulaan kisah 'MERANTAU WARRIOR' manampilkan kehidupan yang berlatar belakang suasana damai di daerah Minangkabau, disamping para pelakon yang aku rasakan seperti baru dan belum pernah aku lihat sebelum ini berlakon dalam mana-mana filem aksi terbitan negara jiran kita, Indonesia. Aksi silat yang dipertontonkan dalam filem ini adalah dari aliran Silat Harimau di mana ia merupakan salah satu dari cabang Silat Minang. Silat ini popular di daerah Minangkabau, Sumatera Barat. Selain daerah Minangkabau, ada beberapa tempat lagi yang menjadi tumpuan silat ini seperti di Kampung Pariaman, Ujuang Bukit Pungasan Pesisir Bandar Sepuluh, Muaro Sijinnuang Solok dan Pasaman.

Jalan cerita, teknik penataan cahaya dan bunyi yang mantap selain dari taktik berlawan yang cukup hebat membuatkan panggung bisa riuh menanti aksi yang tak putus dari babak pertengahan sehingga tamat ceritanya. Aku berasa cukup kagum dengan teknik yang dipersembahkan oleh pelakon utamanya iaitu Yuda. Apakah yang menjadi penyebab Yuda tiba-tiba bergaduh sebaik saja dia sampai ke kota Jakarta? Aku sendiri terpengaruh dengan jalan cerita ini seolah aku sedang menyaksikan filem 'ONG BAK' versi Indonesia. Namun ia tetap mempunyai perbezaan dari segi taktik pertempuran Muay Thai [Boxing Siam] lakonan Tony Jaa yang lebih kerap menggunakan siku dan lutut berbanding Silat Harimau [Silat Minang] lakonan Iko Uwais yang lebih senang bermain bawah (seperti harimau) dengan gaya tangan menyerupai cakar harimau.

Kembali kita ke awal babak. Kita maklum dengan adat tradisi Minangkabau, seorang anak lelaki harus pergi mengembara, berada jauh dari mata ahli keluarganya bagi mencari pengalaman hidup, tak kira jalan itu baik atau berkesudahan buruk. Tujuannya cuma satu, supaya mereka dapat membentuk diri dalam menempuh kehidupan, seterusnya dapat membentuk mereka menjadi lelaki sejati. Dan disebabkan ituah pengembaraan ini dipanggil sebagai 'MERANTAU' sebagai satu titik tolak bermulanya hidup sebagai seorang insan yang bakal menentukan sama ada mereka berjaya menempuh segala dugaan itu atau gagal terus dalam kehidupan.

Yuda [Iko Uwais] merupakan penuntut seni silat aliran harimau di daerahnya, berangkat turun mengembara ke  kota Jakarta dalam misi 'MERANTAU'. Perlawanan pertama bermula secara kebetulan apabila Yuda [Iko Uwais] bertemu dengan Astri [Sisca Jessica] yang menghadapi masalah dengan seorang lelaki [Bapa Ayam]. Yuda menolong Astri tapi malangnya setelah itu memarahinya pula kerana Astri masih memerlukan lelaki itu [Bapa Ayam] membantunya keluar dari masalah kewangan yang sempit di tengah kota. Babak pertempuran bermula, Yuda mara tanpa menoleh ke belakang. Atas sebab apa Yuda bertindak demikian? Di sinilah kita dapat lihat motif baik yang berjaya disampaikan kepada penonton apabila Yuda bertindak menolong melepaskan mangsa pemerdagangan manusia yang dikepalai sindiket antarabangsa.

Kesudahan cerita? Jarang sekali kita melihat kematian diakhir cerita, inikan lagi hero yang mati. Rasannya kalau babak hero mati di India, alamatnya panggung di sana dibakar dek penonton yang taksub dengan jalan cerita. Tapi dalam filem ini, hero [Iko Uwais] meninggal dunia akibat tertusuk besi sang musuh durjana. Ternyata pengarah filem ini [Gareth Evans] berjaya menjalankan tugasnya sebagai seorang pengarah baru dengan gaya pengarahan setaraf mereka yang sudah lama berperiuk belanga dalam industri ini. Aku cukup berpuas hati dengan jalan ceritanya walaupun kelihatan agak lembab pada 20 minit sebelum aksi tumbuk menumbuk bermula. Seperti biasa, duduk ku tak pernah selesa, tangan asyik naik tiba-tiba. Hajat menonton bersama isteri semalam berjaya walaupun hanya aku seorang yang menyaksikan adegan menarik, sementara sang isteri sedap berbaring di atas ribaanku, tidur dan kembali bangun sejurus cerita ini tamat. Aku kagum sungguh dengan taktik isteriku yang gemar berbaring, pasti matanya lelap selelapnya.

** Bilalah agaknya para pengarah di Malaysia menghasilkan sebuah filem aksi beladiri? Asyik-asyik cinta, rempit merempit, hantu yang seram-seram kekononnya. Alasannya nak untung saja; macamlah si Gareth Evans tak untung. Filem ini 'MERANTAU' jauh ke luar negara; adakah filem kita contohnya "JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK' turut berada di pasaran Indonesia? Aku gelak segelaknya. Lucu benar orang kita, terlalu lucu [...]

Tangan yang menulis: Ampuan Awang

2 comments :

ashrafi said...

balik balik jumpa vcd ni.. tapi nda juga tebeli beli

Ampuan Awang said...

jalan ceritanya menarik tapi sedikit lembab mula-mula. kebetulan ia datang dari aliran yang sama, jadi secara automatik aku suka terbiasa [...]

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top