ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Tak Perlu Pakai Komputer; Unit Kamu Bukan Ada Kerja Nak Dibuat [?]

+++ Tadi, selepas solat Zohor, terdengar pula cerita berkenaan hal-hal ranting yang kerap berlaku di mana-mana jabatan, sama ada kerajaan mahupun swasta. Seorang sahabat bertanya satu perkara. Mengapa masih lagi ada 'Double Standard' dalam sistem pentadbiran atau mana-mana unit yang berkaitan dengannya? Katanya, tak kiralah dalam unit apa pun sebab kita cuma nak tahu kedudukan dan hak kita, itu saja. Bagaimana kita sebagai pekerja melaksanakan kerja yang diarahkan tanpa peralatan, contoh paling dekat, komputer.

Bagi orang atasan mungkin mudah sedikit kerana masih lagi punya anak buah untuk disandarkan pekerjaannya, tapi bagaimana pula jikalau tiada komputer? Ada pula yang mengeluarkan nada sinis, "Ah, dalam unit ini bukan ada kerja pun. Tak perlulah pakai komputer. Tulis laporan pakai tangan sajalah.". Wah, dengan mudah mulut kecamatan ini melepaskan kebijakiawannya.

Sebaik saja mendengar cerita ini, aku senyum ala kadar. Bukan unit kamu sajalah yang kena :]


Tangan yang menulis: Ampuan Awang

Message sent from Nokia 5730XM Hacked Series!

2 comments :

ashrafi said...

meja saya pun tiada... terpaksa tumpang komputer orang lain... akhirnya... tulis tangan jugalah..

Ampuan Awang said...

alhamdulillah, mungkin aku bertuah sebab ada komputer depan mata walaupun tugas hakiki aku ini hanya tukang kebun :]

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top