ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sumpah Khu-Khoo-Ree


Kita kenal mereka
Datang dari suku gunung
Di pergunungan Himalaya
-- menurut uar ceritera
yang kedengaran masuk
dalam telinga kita.
----- Dikatakan mereka itu
lahir sebagai laskar terbaik dunia
British mengiyakan segala fakta
-- benar kata mereka; laskar khu-khoo-ree teramat setia.
[Sambil tersenyum sebaik melafaz kata; senyum mereka bermakna]

Sejauhmana kebenaran sumpah khu-khoo-ree?
Apakah benar mereka pejuang sejati?
Kiranya benar, mengapa kita tiada mencontohi?
Cara mereka berjuang untuk bangsa
dan negara lain di muka bumi;
bukan berjuang atas negara sendiri.

[Barulah kini kita sedari,
bukan mudah menyatu hati;
Lihatlah nanti di kemudian hari,
Bangsa majoriti turun ke minoriti.
]


** Bersatulah kembali wahai sekalian bangsaku...


Tangan yang pernah menulis ini: Ampuan Awang
Ditulis selepas Isya', Khamis 4/4/2010

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top