ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Suara Orang Muda --- Bayangkan Andai Kami Tiada Di Dunia [...]


Siapa lagi yang mampu berdiri
Melaung suara di masa hadapan
Andai kami --- Orang Muda
Tiada wujud lagi di dunia;
    Masa depan dunia bakal pecah
    Tempik suara, rungut insan
    masih lagi mendampingi kemiskinan
    Mati dalam slogan songsang;
Kami ini --- suara dari golongan muda
Reformis baru --- di hari muka
Kami bukan pejuang yang ingin mabuk
Inginkan anggur dalam cawan politik;
    Usah dirungutkan sentiasa
    Hanya kerana lelehan hingus
    Sorakan kami tiada dipedulikan
    Dikata kami belum puas merasa garam;
Duhai pengidap tingginya darah
Lemahlah sudah tubuh kerana garam
Bayangkan --- andai kami tiada
Siapalah akan membawa kalian ke pusara?
    Ayuh, orang muda --- naikkan hak bersuara
    Orde baru politik sudah lari arahnya
    Kesatria yang muncul; berbulu domba
    Pekatkan tinta --- di atas kertas putihmu
Ingin kutanyakan kembali kepada mereka itu
Tentang kenyataan; Orang Muda masih berhingus
Tak layak mendukung usung politik baru
Orde yang kalian ubah mengikut nafsu
    Kukatakan --- kita memang tak sebulu
    Kami jerit --- kita memang tak sebulu
    Nah, dengarkan irama suara muda
    Lebih enak dari kalian yang sudah senja!
Bayangkan andai kami tiada di dunia
Bayangkan andai kami tiada di dunia
Bayangkan andai kami tiada di dunia
Tiadalah pewaris bangsa andai kami tiada...


** Ditulis tanpa tapis - tanpa pengeditan. Istimewa ditujukan buat mereka yang senang sekali menolak akal fikiran orang muda, lalu mengutipnya semula sebagai fikir milik peribadinya. Ini bermakna, bagi mereka yang tidak mengetepikan nilai fikir orang muda, mereka terlepas dari kelompok orang yang berkata bahawa orang muda tiada berguna akal pemikirannya. Harap maklum [...]

Tangan yang menulis ini: Ampuan Awang
Sebelum maghrib 25/4/2010

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top