ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sajak Menggalas Duka Dan Gembira



Aku terdengar suara berlalu
lewat di hujung simpang jalan ini
Aku mendengar rintihan
beribu suara hadir melalui
gegendang telingaku tanpa sedar

Pada tanah ini
Ada kudengar cerita orang berduka
Aku ubatinya dengan gembira
Ada kudengar cerita orang terkena bencana
Aku tampil membantu dengan rela
Ikhlasku hadir tanpa bicara;
Tak terluah walau sepatah pun.

Lalu,
Aku menyatakan,
Saudara-saudaraku harus kembali dibangunkan
Agar terbina semula kehidupan
Setelah menggalas beban berat
Bahagia bakal menjadi pendamping setia
Dan akan menjadi kenangan pada akhir cerita
Selamanya.



** Puisi ini dimuatkan dalam sebuah buku antologi iaitu 'Suara-suara Adam' di Indonesia tahun lepas...


Tangan yang pernah menulis ini: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top