ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

PUISI KABUR: Genre Puisi Yang Disalah Erti Dan Dipinggirkan

Oleh: Ampuan Awang




PUISI KABUR, genre puisi dalam kesusasteraan Melayu moden. Istilah PUISI KABUR mula dibicarakan dalam kesusasteraan Melayu moden sekitar tahun 1957. PUISI KABUR memperlihatkan satu perkembangan yang baharu lagi unik, yang menyimpang daripada konvensi, khususnya dari aspek pemikiran, bahasa dan penggunaan simbol. Puisi-puisi ini umumnya disebut sebagai PUISI KABUR kerana sukar difahami. Antara pelopor PUISI KABUR ialah A.S. Amin, M. Ghazali dan Noor S.I.

Hingar bertingkah-tingkah apabila berbicara tentang PUISI KABUR yang dianggap terkeluar dari fahaman aliran mazhab struktural, rasionalisme, positivisme, pragmatisme, realisme, romantisme, empirisme, eksistensialisme dan formalisme. Sejauh mana kebenarannya? Bukankah kita diberi akal oleh Allah SWT dengan kelebihan akal yang berbeza-beza? Penafian kebaikan yang terkandung dalam isi PUISI KABUR seringkali disalah ertikan. Segelintir individu mengatakan bahawa hujah penyair yang kabur dalam puisinya dikatakan tiada matlamat dan lebih hebat lagi apabila dikatakan bahawa kehilangan matlamat penyampaiannya kerana tidak dapat difahami para pembaca. Kefahaman semacam mana yang diperlukan sebenarnya?

Menurut SAIFUL NUJAIMI ABDUL RAHMAN dalam artikel beliau 'Benteng Artifisial Puisi Melayu':

"Penulis dan ahli falsafah Jerman seperti Kant, Goethe dan Schiller, misalnya, bersependapat bahawa karya seni haruslah mempunyai autonomi atau hak sendiri ke atas hasil ciptaan berbentuk seni. Idea seni untuk seni begitu jelas dalam perbincangan Victor Hugo dalam bahagian prakata Cromwell (1827) dan Hernani (1830). Pun begitu, beliau sama sekali tidak meminggirkan persoalan moral meskipun tidak semestinya menjadi asas untuk diberikan fokus puitik."


Seterusnya beliau terus memperkatakan bab kasta atau kelas-kelas yang ada pada puisi itu sendiri dalam penghasilan mahakarya-mahakarya adaptasi mereka yang sudah terkenal di mata para pencintanya dan akhirnya menolak genre PUISI KABUR sebagai karya sastera yang tidak berkualiti atas alasan kekaburan yang ada padanya.

"Puisi yang mudah difahami sebegini dengan pantas dilabelkan oleh para sarjana sastera sebagai prosa puitis atau puisi prosaik yang rendah mutu seni ciptaannya. Manakala bagi mereka yang mengambil pendekatan untuk keluar daripada klise dan retorik puisi dengan tidak menzahirkan makna karya mereka pula akan dilabelkan sebagai `puisi atau sajak kabur'. Kedua-dua kategori ini dilabelkan berada pada kelas yang sama oleh sekelompok penilai kesusasteraan puisi Melayu."

Aneh sekali, ilham yang dititipkan Allah buat hamba-Nya melalui tulisan dipertikai dan dipolemikkan sehingga membawa kepada pertelingkahan dalam penobatan karya agung milik mana-mana penyair itu sebagai tidak layak untuk menerima apa-apa anugerah. Apakah sebabnya? Hanya kerana kekaburan yang ada padanya!

[20 April 2010]

3 comments :

Anak Bumi said...

pemuisi berbagai. Adakalanya mereka menulis tentang diri sendiri, tidak berkaitan dengan alam luar atau bimasakti pun. Ia menjurus ke dalam.

Oleh itu, puisi adalah subjektif. Cumanya, manusia menilai sesuatu daripada pandang luar, yakni melihat sosok peribadi penulis tadi, dan mula menjustifikasi mengikut waham akal. Penulis puisi nan kabur justeru akan dilabel-label berbagai rupa, sebab itu banyak pemuisi yang lari dari konvensional dilabel sesat dibunuh dsbnya.

wallahualam awang. :)

the sastraboy said...

biasalah.sesuatu yang baru atau kelihatan pelik pada yang melihat atau keluar dari normal akan sentiasa ditidakkan malah dihina.

itu sesuatu yang aku rasa harus ditelan kepada sesiapa yang mahu membuat pembaharuan.

apa yang penting.sang pemuisi tahu di mana batasnya dan apa yang dilakukannya.kerana,aku rasa,suara-suara yang menidakkan malah menghina tadi,dianggap macam bingit langau ditengah malam.tak perlu diendahkan.dan dibiarkan terus.

Ampuan Awang said...

@the sastraboy

entahlah, aku sendiri pun secara tiba-tiba terasa :b:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top