ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Peribahasa Puak Indian Kupuisikan [2]

Kedamaian dan kegembiraan
tersedia dalam setiap
saat waktu itu berdetik.
Damai yang kita cari bermula
langkah demi langkah;
di mana kita pasti
akan dapat berjalan
dari tangan ke tangan
tanpa ada masalah
-- dalam isu politik
seterusnya kepada masalah
kejiwaan dalam diri.

Makanya,
Kita seharusnya terus
berlangkah ke hadapan
Mencari kehidupan itu
-- sambil diri tetap merenung
Kesalahan yang diperbuat
Sepanjang hayat kita
-- di dunia ini...


P/s: Peribahasa 'Red Indian' yang kupuisikan ini kuberi judul 'Mencari Damai Bahagia'. Sama-samalah kita mengambil fikir isi yang terkandung di dalamnya. Terima kasih atas kunjungan sahabat-sahabaat sekalian ke laman yang serba dhaif ini. Wassalam...

Hasil tangan: Ampuan Awang

2 comments :

Mybabah said...

Salam saudaraku Awang. Salah satu kesilapan yang patut diperbetul ialah nama Red Indian. Penamaan orang asli Amerika sebagai orang India sememangnya tidak betul. Jika saya dalam golongan mereka, pasti saya akan bawa hal ini ke persidangan senat untuk menukar nama itu bagi mengelakkan keturunan saya daripada dikaitkan dengan orang India di bumi Bollywood yang identitinya sangat berbeza...

P/s Apabila melihat gambar di sisipan blog ini, tertanya-tanya di hati saya, adakah seperti ini wajah perwira bangsaku Hang Jebat?

Ampuan Awang said...

Salam kembali...

Tidak dapat dipastikan mengapa penjajah [Amerika] menamakan puak 'Apache' sebagai 'Indians' di sana. Walhal mereka sendiri [Amerika] sebenarnya adalah warga PTI [Pendatang Tanpa Izin]. Tapi tidak mengapa kerana mereka tetap berbeza walaupun terdapat sedikit persamaan dari segi warna kulit. 'Apache' tetap hebat walaupun mereka tertindas di bumi sendiri dan aku mengakui kepewiraan bangsa mereka yang tertipu oleh penindas dan juga penjajah tersohor di muka bumi bernama 'AMERIKA'.

P/s: Hang Jebat [?]. Mengapa tidak Hang Tuah [?]. Adakah lagakku terlalu keras menentang [?]. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top