ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Oh Jiwa Lara - Satu Nyawa


Satu nyawa
--- Selesai dijemput pergi

Meninggalkan jasad sendiri
Meninggalkan anak
Meninggalkan isteri
Meninggalkan manusia
Meninggalkan segalanya

--- Tanpa dia tahu
--- Tanpa dia mahu

Layu sepasang mata kuyu
Perlahan ombak nafas di dada
Denyut nadi terhenti
Dia sudah berangkat pergi
Lalu diam tubuhnya disirami
mandian air mawar
Tiada bergerak kala digulungkan
--- diselimuti kain putih
Akhirnya disolatkan
Diusung ke perkuburan
Menemui semula khaliq-Nya

Deru nafas ini
Ingin putus di mana?
Masa bukan milik kita
Baik kala hidup; cerlanglah di sana
Buruk kala hidup; berceragahlah di sana

--- Tanpa dia tahu
--- Tanpa dia mahu!


Tangan yang menulis ini: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top