ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Oh Jiwa Lara - Refleksi Buat Diri


Pada petang yang merah ini
ada baiknya kita merenung diri
Renung salah diri
bak jauhari mengenal manikam bermutu tinggi
namun ia sedar bahawa manikam akan pergi
Takkan dapat ia langsung kejar
dan kenal mana satu hati rosak suci
Ramai berpaling kehilangan budi
Hinggakan terlupa sanak saudara sendiri
Sanggup menikam sehingga mati
Asal tercapai hajat di hati

Persoalannya di sini
-- Siapa yang akan menjawab ketika ditanya di kubur nanti?
..... [hilang bunyi]
-- Fana...
bertemu kita disana -- bersama kemudi
Jangan lupakan sekali-kali
hanya dua bekal ditinggalkan oleh Baginda Nabi
-- Quran dan sunnah wajar kita peduli
Takkan sesat hidup -- terang jiwa wajah berseri
Amanlah hidup -- lalu berangkat naik kesedaran diri
Hidup hanya sekali; tugas malaikat maut menyentak hayat manusiawi
... tanpa sebarang isyarat
kita pasti ia akan terjadi
berlaku jua pada diri kita sendiri.

Oleh: Ampuan Awang
Ditulis pada petang Khamis 4/3/2010
'Ada singa menanti mangsanya leka bersenang-senang, berlenggang-lenggang...'

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top