ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Oh Jiwa Lara - Mahu Menyembah Siapa [Permulaan]


Kita mahu menyembah siapa?
Pada Tuhan atau pada Tuan?
Mahu menyerah, berserah pada siapa?
Pada Tuan atau Tuhan?
Sepuluh jari di tangan kita
Ditakdirkan bukan untuk lurus selalu
Jari lurus kepayahan tangan menjamah makanan
Jari lurus kepayahan tangan melakukan pekerjaan
Maka samalah jari itu seperti garfu!

Kita mahu menyembah siapa?
Pada Tuhan atau Tuan?
Tuhan tiada pernah membezakan darjat hamba-Nya.
Ketinggian kasta membuat peradaban manusia menjadi rendah.
Serendah hamba!
Kemanisan mulut kalian sering berkata:
"Kita manusia, sama saja. Tiada beza kita dari sisi Tuhan."
Ahh! Kalian bohong!
Kalau benar taraf kita sama
Mengapa mata condong memandang orang-orang
Kalau benar taraf kita sama
Mengapa mengarah usul dengan kuasa!
Mulut kalian hanya pandai berkata kosong
Mulut kalian hanya boleh menyumpah dan menyombong
Maka samalah mulut itu seperti murai!
Yang pandai berkata-kata
tapi tiada tahu langsung apa yang diperkatakan.

Kita mahu menyembah siapa?
Pada Tuan atau Tuhan?
Kekuatan akal kurniaan Tuhan membuat kita suka membeza-beza.
Membanding otak dari kertas yang dicetak
sedangkan kalian sudah tahu
lahirnya ramai golongan pengajian
yang punya gulungan kertas cetak itu
hanya sekadar lahir saja
Tiada menunjukkan keberhasilan
Tiada menunjukkan keberuntungan

Kita mahu menyembah siapa?
Pada Tuhan atau Tuan?
Kalian berkata:
" Kita mesti bekerjasama, barulah kerja menjadi senang."
Ahh! Kalian bohong!
Andainya perkara itu benar
mengapa kalian asyik mengelak dari melaksana tanggungjawab?
mengapa kalian asyik menuding jari telunjuk ke paras bawah?
Baru sebentar kalian mengucapkan bahawa kita perlu bekerjasama
tapi apa yang kalian perbuat?
Kalian hanya pandai bercakap songsang
dari melakukan apa yang diperkatakan.
Maka dengan itu ucapan kalian tertolak!
Kalian wajar disingkirkan...

Kita mahu menyembah siapa?
Tuan atau Tuhan?
Diplomasi yang digunakan hanya berlaku di depan
tidak di belakang.
Kalian bermuka-muka
Lain di mulut; Lain di hati
Kalian memutar belitkan fakta
merosakkan perhubungan sesama manusia
Mulut masa itu menutur lembut, lancar tanpa nota.
mencaci maki dibelakang sesudahnya.
Maka samalah kalian seperti talam; talam dua muka!

Mahu menyembah siapa?
Kepada Tuhan atau Tuan?
Keadaan kita dizaman ini jelas sakit.
Kembalilah kepada Tuhan.
Dan bukan kepada Tuan.
Tuan tidak mampu mengampunkan.
sedangkan dia sendiri pendosa.
Tuan tidak mampu memberikan pembelaan.
sedangkan dia sendiri mengharapkan pertolongan,
pada kala maut datang menyapa dan ingin mencabut nyawanya.

Jadi, mahu menyembah siapa?
Mari kembali ke landasan asal.
Hentikan perbuatan membeza-beza antara kita.
Selagi darah dari tubuh berwarna merah pekat
selagi itulah kita masih terikat.
Ingat! Tuhan tiada pernah membeza-beza.
Watak pembeza cuma wujud dalam diri ciptaan-Nya.
Bonda kita sering menyampaikan pesan:
"Buat baik berpada-pada, berbuat buruk jangan sekali."
Sematkan selalu di dalam dada yang keras itu
Agar senantiasa ia lembut, selembut-lembutnya.


P/s: 'Mahu Menyembah Siapa [Permulaan] adalah yang pertama sebelum 'Mahu Menyembah Siapa II [Bicara Bungkam Dalam Diam]. Pernah tersiar dalam ruangan sastera mingguan Utusan Borneo tahun lepas kalau tak silap.

Tangan yang menulis: Ampuan Awang

1 comments :

cemomoi said...

keliru... kita makin keliru rupanya sapa tuan dan sapa tuhan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top