ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Mengapa Kami Bantah PPSMI

PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA (MALAYSIAN TRANSLATORS ASSOCIATION)

 171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Telefon dan Faksimili: 03-21424381 E-mel: terjemah@tm.net.my

Isu penggunaan bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu sebgai bahasa pengantar pendidikan akan membawa banyak mudarat kepada pembangunan modal insan untuk negara. Alasan mengapa isu ini ditentang tidak banyak mendapat liputan media. Oleh sebab itu Mengapa Kami Membantah Pengajaran dan Pembelajaran sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diterbitkan semula, bagi memaklumkan masyarakat mengenai mudarat yang akan berlaku.

Dua belas buah makalah yang ditulis oleh cedekiawan Melayu mengungkapkan kebimedua, bangan ini.

Pertama, Prof. Aziz Bari membuat pernyataan ringkas dan jelas tentang penyelewengan yang dilakukan apabila kita menggunakan bahasa Inggeris bagi mengajarkan ilmu di dalam sistem pendidikan kita.

Kedua, Prof. Shaharir bin Mohamad Zain, bekas Presiden Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) menyatakan bahawa bahasa Melayu sudah berjaya menghasilkan cendekiawan Melayu, dan langkah Kerajaan ini merupakan satu tragedi besar kepada bahasa dan bangsa Melayu. Enam puluh lapan profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia menanda tangani sebuah memorandum yang dihantarkan kepada Perdana Menteri dan Mentreri Pendidikan Malaysia.

Ketiga, Datuk Dr. Hassan Ahmad, daripada Karyawan, meninjau betapa rapatnya hubungan bahasa dengan perjuangan bangsa. Beliau menyatakan betapa salahnya persepsi pemimpin dalam melaksanakan tindakan ini.

Keempat, Datuk Baharuddin Zainal mendebatkan pendirian Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi menunjukkan kesalahan dalam lojik pemikiran dalam memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa penantar pendidikan.

Kelima, Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia menghujahkan bahawa bahasa adalah wahana yang memindahkan himpunan memori bangsa daripada satu generasi kepada satu generasi. Apabila bahasa Melayu luput daripada benak Melayu, maka jati dirinya turut berubah.

Keenam, Prof. Shahrir Mohammed Zain menyanggah semua asas pemikiran bekas Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap bencana ini. Beliau menunjukkan landasan pemikiran yang mengatakan hanya bahasa Inggeris dapat memajukan bangsa itu adalah salah. Malah beliau menunjukkan banyak bangsa besar yang maju dengan menggunakan bahasa ibunda.

Ketujuh, makalah Prof. Dr. Awang Sariyan, Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, mengemukakan hujah betapa tindakan ini menimbulkan kesan negatif kepada sosiobudaya bangsa dan negara.

Kelapan, Profesor Emeritus Abu Bakar Abd Hamid, ahli Kumpulan Prehatin, menjawab lapan soalan yang sering ditanyakan kenapa tindakan mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan adalah bertentangan dengan apa yang kita perjuangkan.

Kesembilan, Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin, tenaga pengajar di universiti membuat kajian mengenai penerimaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, dan mendapati langkah ini akan hanya menimbulkan konflik antara yang miskin dan yang kaya.

Kesepuluh, Encik Kamal Syukri, ahli Persatuan Linguistik Malaysia pula menyatakan pendapat yang bahasa Melayu akan mengalami kepupusan apabila tidak digunakan lagi sebagai bahasa ilmu. 

Kesebelas, Tan Sri Datuk Profesor Emeritus menyatakan kebimbangan yang besar terhadap dasar PPSMI ini sebagai sebuah malapetaka besar kepada tamadun bangsa Malaysia.

Kedua belas, Profesor Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron mengemukakan hasil penyelidikan beliau dengan sekumpulan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, terhadap penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajarkan sains dan matematik di sekolah rendah dan menengah. Penyelidikan mereka membuktikan bahawa dasar itu gagal.

Akhir sekali, ada banyak persatuan yang membincangkan isu ini, dan resolusi mereka dimasukkan ke dalam buku ini, iaitu:

   1. Memorandum GERAKAN MEMANSUHKAN PPSMI (GMP
   2. Memorandum ASASI tentang Pengajaran Sains dan Matematik Sekolah dalam Bahasa Inggeris
   3. Kebimbangan Kumpulan Prihatin
   4. Isu Bahasa dan Pendidikan: Harapan Kumpulan Prihatin
   5. Petisyen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia daripada Persatuan Kumpulan Pelajar Islam Malaysi.
   6. Resolusi Agenda Melayu, Persatuan Melayu Negeri Perlis.
   7. Usul Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)

Memorandum ini adalah penting sebagai pernataan hasrat warga Malaysia. Oleh sebab itu, resolusi kongres-kongres begini perlu didokumentasikan bagi memaklumkan kepada Kerajaan betapa isu ini memerlukan penanganan bijaksana dan memandang jauh ke hadapan.



Yang benar

Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Presiden, Persatuan Penterjemah Malaysia

19 Oktober 2006


** Artikel ini dipetik dari 'Notes' Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Atas kebenaran beliau [Prof. Abdullah], barulah diri berani memuat-tampal ke dalam blog ini. Terima kasih yang tak terhingga buat beliau. Semoga bunyi kuat terus bergema tanpa henti dalam melaungkan hak bahasa Melayu di Malaysia [...]


Tangan yang mengulang kembali: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top