ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Logo Kelab Anti Akademi Fantasia [KAFAN]


Sekiranya ada kelab yang menyokong, pastilah ada kelab antinya pula. Pro dan kontralah namanya. Adat dunia secara fitrah pasti berlaku begini. Sesiapa saja dari kalangan rakan-rakan diluar sana yang mempunyai akaun laman sosial [Facebook], kalian boleh melakukan carian pada kelab yang menyokong kuat [AF] dan [Kelab Antinya], kemudian bandingkan berapa jumlah para peminatnya. Kelab peminat AF 8 memiliki jumlah keahlian seramai 4,083 manakala kelab peminat antinya iaitu KAFAN seramai 16,584. Terdapat satu lagi kelab anti Akademi Fantasia yang mempunyai bilangan penyokong teramai setakat ini iaitu kelab 1,000,000 Peoples Hate Akademi Fantasia seramai 98,042 orang.

Lebih baik kita pendekkan saja cerita. Logo di atas merupakan logo yang bakal dimuatkan dalam baju para ahli KAFAN yang sedang dalam pembikinan logo sepenuhnya. Logo ini belum lengkap. Komentar dari rerakan blogger diperlukan bagi menaikkan lagi seri pada logo tersebut. Kerjasama kalian amatlah diperlukan sangat-sangat. Berminat untuk memilikinya? Nantikan dulu hasil cetakan baju ini barulah kalian berbuat demikian. Wassalam [...]


Info dari salah seorang dari ribuan pengempur KAFAN: Ampuan Awang

4 comments :

Ibnu Jamaluddin said...

Wah, kalau boleh ana juga mahukan baju itu, sokong anti-AF...

Ampuan Awang said...

tapi masalahnya, sahabat, ada komen mengatakan bahawa logo yang ambo gunakan tak sesuai. ada apa-apa cadangan untuk ini?

Ibnu Jamaluddin said...

Tak sesuai? Bagi ana ia cukup sesuai. Sekali pandang jatuh cinta. Cuma perkataan kafan itu gelapkan sikit dan logo AF dicerahkan jelas. Berlatarkan baju berwarna gelap, ia lambangkan kegelapan dunia AF. Tampak semangat juga pada pemakainya.

Ampuan Awang said...

logo di atas sekadar 'sketch' sahaja, sahabat. akan diberitahu dari masa ke semasa berkenaan hal ini. terima kasih atas komen membina [...]

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top