ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Rokok Nan Sebatang



Kunyalakan sebatang rokok
Api rokok marak membakar tembakau
Kusedut asap rokok
Kulega dengannya
Apakah benar rokok berbahaya?
Sedang pemerintah masih perlukan cukainya...

Kunyalakan sebatang rokok
nyalaannya takkan padam
sehinggalah tembakau berakhir di hujung puntung
Sebatang rokok
punya makna --- candu manusia
Hanya perokok sahaja bisa faham
beban pada rokok

Kunyalakan sebatang rokok
Kuharapkan ia membawa rasa
Kuhentikan nyalaan rokok
Apabila sampai masanya
Nyawaku ini urusan Tuhan
Bukan dari rokok sedutanku
Ia hanya satu asbab
Penyebab lemah kepada kematian!


P/s: Pelbagai reaksi yang diterima akibat tindakan pemerintah memasukkan gambar janin merah, kaki cacat, leher berlubang dll pada kotak rokok. Perokok tegar takkan ambil pusing sangat hal sebegini. Tukar kotaklah kata mereka. Bijak juga tindakan tu. Berkesankah cara ini sebenarnya? Mari kita fikir balik tentang kos cetak gambar tu, mesti mahal kan. Nampaknya duti rokok naik lagi, terpaksalah aku menggulung rokok daun untuk teruskan aktiviti rutinku ni. Kerajaan takkan haramkan rokok kerana industri berasaskan tembakaulah antara penyumbang besar ekonomi negara. Tiba-tiba teringat situasi berbeza berlaku di negara China apabila penguasanya konon menggalakkan rakyatnya agar meneruskan aktiviti merokok. Alasan mereka? Rokok menaikkan lagi peratus ekonomi mereka ke paras yang sangat tinggi [...]

Tangan yang pernah menulis ini: Ampuan Awang
Ditulis pada: 18 Sya'ban 1430

4 comments :

princeduyong said...

perokok tetap awet muda... :)

Ampuan Awang said...

itu sudah pasti [...]

lya said...

ah, tak suka perokok
tak suka bau rokok
buat nafas hamba tersekat
dan mula batuk-batuk
pening-pening
jadi haru

memang ajal di tangan Dia
tapi kalau membunuh diri sambil membunuh orang dalam diam..

hamba kirakan sekarang lebih baik hamba diam..
duduk lihat pandang
lari sajalah..
ditegur tak semua mengendah..

hamba hanya mahu dunia yang indah
walau hanya dalam diri hamba semata

Ampuan Awang said...

@lyaerr maafkan aku ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top