ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kerajaan Belgium Tumbang Akibat Perpecahan Kelompok Bahasa

2010/04/28

BRUSSELS: Kerajaan Belgium tumbang semalam di tengah perpecahan antara kelompok bertutur bahasa Belanda dan puak bercakap bahasa Perancis, sekali gus menimbulkan keraguan mengenai masa depan negara itu sebagai sebuah negara bersatu menjelang pilihan raya.

Dua bulan selepas mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Eropah (EU), istana mengumumkan Raja Albert II menerima tawaran Perdana Menteri, Yves Leterme untuk meletak jawatan selepas rundingan antara kumpulan bertutur bahasa Flemish (bahasa Belanda-Belgium) dan kumpulan yang bertutur bahasa Walloonia (bahasa Perancis dengan dialek berbeza) menemui jalan buntu.

“Raja menerima peletakan jawatan kerajaan,” kata satu kenyataan ringkas, selepas kegagalan usaha Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Didier Reynders untuk menyelesaikan masalah dalam kerajaan pakatan yang lemah itu.

Reynders yang menghabiskan tiga hari menaja rundingan bagi pihak Raja, memberitahu stesen televisyen negara bahawa kemungkinan mengadakan pilihan raya akan mewujudkan bahaya besar terhadap masa depan negara itu.

“Saya bimbang dengan pilihan ini kerana ia akan menjerumuskan negara ke kancah krisis yang amat serius,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pilihan raya segera di negara itu.

Leterme, 49, yang pernah dua kali meletak jawatan sebelum ini akan mengakhiri jawatannya pada Khamis, tetapi Raja enggan membuat sebarang ulasan dalam usaha terdesak untuk meminta kedua-dua puak kembali berbincang selepas pemimpin puak Flemish yang berpendirian keras meninggalkan meja rundingan.

Kenyataan pihak istana menyatakan Raja hanya meminta kerajaan mengendalikan masalah yang belum diselesaikan, memberi isyarat kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan di tiga wilayah iaitu Flanders, Wallonia dan Burssels yang menempatkan ibu pejabat Kesatuan Eropah.
“Adalah mustahil untuk mencapai persetujuan antara puak bertelagah dalam masalah bahasa untuk membentuk pakatan, ketika keadaan tidak stabil semakin ketara,” kata satu kenyataan dari pejabat Leterme.

Reynders berkata Leterme mengakui bahawa masalah ‘hilang keyakinan’ antara puak yang berbeza bahasa menyebabkan rundingan hampir mustahil dilakukan.

“Satu-satunya pilihan yang ada ialah kesediaan Raja untuk mencari perunding yang boleh berkompromi bagi mengatasi perpecahan undi di parlimen,” katanya. – AFP


[**] Sumber: Berita Harian


P/s: Kerajaan tumbang gara-gara perpecahan dalam penggunaan bahasa kebangsaan [rasanya]. Di Malaysia pula? Heharap kejadian ini tidak berlaku di negara kita. Amin [...]


Oleh: Ampuan awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top