ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kabinet Sedih Atas Kematian Remaja Yang Mati Tertembak Dek Polis



+++ [Kabinet sedih] - Inilah tajuk sensasi dalam Berita Harian di muka hadapan. Datuk Seri Noh Omar berkata bahawa kabinet mahu siasatan berhubung dengan kes berkenaan dilakukan secara telus. Setelus mana yang dimahukan? Bagai menembak diri sendiri pula apabila bercakap tentang isu telus. Telus - telus - telus - bilalah nak telus agaknya. Hentikan campur tangan politik dalam urusan siasatan atau tindakan yang dibuat oleh PDRM. Tahulah mereka mengurus hal ini. Ya, memang kita juga mahu siasatan itu dilakukan secara telus dan perlu diambil serius tapi ini bukan kerja kita; ia berada di luar bidang kuasa. Politikus perlu melebihkan usaha mereka ke arah lain; memikir bagaimana hendak memajukan negara bersama isinya [rakyat]. Usah membesarkan cerita yang boleh menaikkan kemarahan orang ramai terhadap anggota polis. Hukum tetap hukum, biar mahkamah menentukannya. Kalau pelaku terlepas dari hukuman di dunia; di sana [akhirat] pasti dia kena juga!

Tangan yang menulis: Ampuan Awang
Message sent from Nokia 5730XM Hacked Series!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top