ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Hidup Mati Gerak Pada Langkah Pukul Pada Silat Mati Asbab Silap [Pesan Guru Kepada Laksamana Hang Tuah]



Ingin kukongsikan
Pesan guru kepada Laksamana Hang Tuah
Semasa ia mendalami ilmu persilatan
berserta ilmu kerohanian
di sebuah lembah perbukitan
Yang langsung kita tiada dapat
temukan jawapan
-- antara pernah wujud
ataupun tidak --
Biarlah...
Ini sejarah buat tatapan
anak cucu di masa hadapan
agar tak hilang warisan
yang pernah disarung
pada badan
Para pahlawan
yang terbilang
dahulu...
yang pernah berkata:
[Takkan Melayu hilang di dunia]

Sebaik saja peluh bercucuran
Latihan pencak diberhentikan; kulihat
Keringatnya jatuh membasah bumi.
Dalam keadaan duduk bersila
Beristirahatlah mereka berdua bersama-sama
Mahaguru berpesan buat anak muridnya:

"Dengarlah pesanku wahai cucuku, Tuah:

'Mati gerak kerana pukul,
Mati pukul kerana langkah;
Mati langkah kerana silat,
Mati silat kerana silap'

Ingati selalu pesanku, sematkan dalam dadamu
Pelihara batas perbuatanmu;
agar kau tak sesat
hinggalah
sampai waktu
kau kembali menemui Tuhanmu.

Ingatlah selalu wahai cucuku
Hanya ini pesanku buatmu..."

Siapa dia penerus warisan bangsa zaman ini?
Andai tiada penyambung; identiti bangsa
bernama Melayu bakal lenyap
dari muka bumi tak lama lagi.
Andai masih wujud lagi
Aku khuatir Melayu ketika itu bukan Tuan
tapi taraf mereka hanya abdi
Abdi di bumi mereka sendiri...


P/s: kutulis pada awal tahun 2001 ketika berada di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang D.M. Adapun pesan guru kepada Laksamana Hang Tuah ini kukutip dari mulut guruku di sana -- dahulunya [...]


Tangan yang pernah menulis ini: Ampuan Awang

5 comments :

cemomoi said...

gerak silat yang gagah
telah hilang ditinggal langkah
bangsaku terkapar lemah
lupa pada pesan si Tuah

Ampuan Awang said...

aduh, kasihan sekali [...]

LanaBulu said...

Laa ni bangsa kome makin dok sebok dgn langkah akedemik fantasia.. malaysia idol..raja lawak..dan bermacam2 lagi khazanah yg mahu ditinggalkan penjajah berwajah malaysia...
hanyut...bersama keseronokan...
yg lain semakin sebok membina empayar ekonomi..

Ampuan Awang said...

Malaysia semakin menghairahkan ketika ini. tak pelik juga sebab masing-masing sebok membenarkan bendasing itu masuk menerusi lubang yang sudah sedia diberikan tanpa sebarang sekatan. hanyut? ya, inilah hakikat yang terpaksa kita terima. bagaimana cara menghadapinya? kembali ke landasan asal [kepada Tuhan]. mampukah kita? tepuk dada; jangan sampai kata iman tiada :]

Ibnu Jamaluddin said...

Gerak tari langkah,
Atas papan sekeping,
Tegak berdiri menanti serangan,
Bukan erti takut,
Tapi adab Melayu bangsa budiman,
Tapi sekarang,
Melayu bukan lagi Melayu,
Hilang Melayu nama tuannya,
Takkan hilang Melayu di dunia?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top