ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Gelang Khazanah Cinta



"Abang, dah lama kita kahwin ni, saya tak pernah merasa langsung memakai perhiasaan. Abang tak pernah belikan saya barang satu pun. Dari mula kita kahwin sampai sekarang , hak gelang inilah yang saya pakai. Dah berdaki tak bercuci gelang saya ni, bang. Tolonglah belikan saya satu...," si isteri bersuara

Si suami merenung wajah isterinya sambil memerhati gelang yang dikatakan berdaki.

"Bersyukurlah dengan apa yang ada. Kat tangan awak tu dikira bukti kesetiaan awak selama bersama dengan saya. Dah tahu berdaki, cuci sajalah sayang oi...," balas si suami

"Tapi, bang...," si isteri tak berpuas hati dengan jawapan suaminya

"Tak ada tapi-tapi lagi. Abang mampu belikan ayang berkoyan-koyan gelang tapi dapatkah gelang-gelang baru tu nanti menganti kenangan yang ada pada gelang yang ayang pakai sekarang? Gelang yang ayang kata berdaki tu datang dari hasil titik peluh abang kerja dulu. Ayang lupakah?" si suami meluahkan perasaannya.

Si isteri terdiam. Diamnya lama, dia serba salah sama ada mahu menjawab atau tidak kerana dia tahu suaminya sudah banyak berkorban untuk dirinya. Ditatapnya kembali gelang yang menghiasi dirinya dari dulu lagi. Akhirnya dia faham maksud suaminya. Beberapa bulan kemudian, si suami kembali dari perantauan membawa berkoyan-koyan gelang buat isterinya. Si isteri kelu lidah dan hanya sempat mengucapkan tiga kata-kata...

"Terima kasih, abang...," air mata membasahi pipinya. Gelang berdaki semakin kerap dipakai berbanding gelang berkoyan yang dah mencapai nisab untuk dizakatkan. Gelang khazanah cinta berjaya mengimbau kenangan masa dulu, sewaktu cinta berputik di kolej. Sendirian si isteri tersenyum, kepala ditundukkan, menahan malu dan merah muka kerana dirinya ditatap liar mata suaminya.

Berminat memiliki 'Gelang Khazanah Cinta'? Sila hubungi saya. Sekian. Wassalam [...]

Iklan oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top