ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Epilog Kehidupan...



Wahai Tuhan,
Hari ini aku melihat kesedihan
berlabuh di dalam minda
seorang dari hamba-Mu.
Aku melihat kesedihan itu jelas terpancar dari raut wajahnya
yang kusam tak terurus.

Wahai Tuhan,
Walaupun pegangan hidup kami berbeza tapi...
Atas dasar kemanusiaan yang wujud di dalam diri
membuat aku terpana seketika.
Rasa sedih itu menjalar masuk ke dalam kepalaku;
masuk ke dalam hatiku yang kecil;
ke seluruh urat nadiku.
Aku terasa kerdil...

Wahai Tuhan,
Ketentuan senang, susah; baik dan buruk
ketentuan itu datang dari-Mu.
Tiada langsung kupertikai perihal itu.
Namun simpatiku kuat setelah mataku menyaksikan
betapa peritnya hidup apabila mendapat sakit.

Wahai Tuhan,
Engkau Maha Pemurah.
Engkau Maha Pengasih.
Engkau Maha Pengampuan.
Engkau Maha Penyembuh.
Kumohon pada-Mu,
Sembuhkanlah sakit.
Penyakit si empunya diri.
Sihatkanlah...

Wahai Tuhan,
Peliharalah aku, keluargaku, kaum kerabatku,
tetanggaku, teman sepekerjaan denganku daripada penyakit
yang engkau turunkan buat kami.
Kami lemah, Ya Tuhan...

Kesedaranku meletus tembus, terus sampai ke hati.
Aku malu pada-Mu.
Jauhkanlah wahai Tuhan,
permudahkan urusan kami
dan permudahkan urusan mereka yang bermasalah.

Wahai Tuhan,
Perkenankanlah...
Permudahkanlah...


Tangan yang menulis: Ampuan Awang
** Gambar di atas  adalah milik  pemblogger iaitu saudara Fadhli Jauhari

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top