ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Epik Bengik - Buai



Sedang masa masih muda
berduyun-duyunlah mereka datang berkunjung
Menyesakkan diri ke laut
Melihat matahari terbenam
Alangkah bahagianya saat itu
tiada langsung terdetik di fikiran
Yang ada hanya cantik
melihat matahari itu turun
Di sinilah bermulanya janji-janji
madah usang yang pelbagai

Tapi aneh sekali matahari berwarna kusam
Mengapa jadi begini?
Adakah mungkin matahari sedang marah?
atau diri saja yang dihambat gelisah
Seketika cuma perasaan itu
ia terus berlalu...

Ia buai, dibuai, membuai dan terbuai
dan ia takkan pernah selesai
Sampai bila-bila...


** Marilah turun bersama ke pantai. Lihat dan saksikanlah sendiri. Pegang, memegang, dipegang itu sudah menjadi perkara biasa. Lekas! Turun ke pantai [...]

Tangan yang pernah menulis ini: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top