ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bukan Untuk Sehari Dua... [Ulangan Ke Laman Puisi Kabur]

... dan hari ini kita mulakan hidup
bukan untuk sehari dua
Niat hati ingin membahagiakan
bukan menyeksa kehidupan
Tiada yang jijik di mata
apabila melihat si bunga tahi ayam
Ia cuma sekadar nama
fahamilah dalam-dalam...
Tiada pernah terlintas di fikiran
cerita tinggal meninggalkan
Itu usul orang yang tak teguh pendirian
Jangan diikut pandangan mata orang yang memandang
Mereka lebih buta dari yang sedia buta
Ingat!
Biarkan mereka teruskan dengan sifat bongkaknya
Jangan kita membenci diri
atas kelemahan yang kita ada
Kejadian kita sebagai hamba cukup mulia di sisi-Nya
Tuhan lebih tahu
Lebih Maha tahu dari ciptaannya
Lupakan tentang luka
Akan ada ubat datang menyinggah
Menjadi penawarmu dikala gelisah


P/s: Usah peduli akan pendapat mereka yang bermulut sumbang. Mereka tidak mengerti apa2. Lupakan mereka. Perbuatan mulut takkan dapat kita tutup melainkan tuan empunya diri kembali ke rahmatullah. Janganlah meminta pendapat atau sebarang nasihat dari mereka kerana ia langsung tiada membina. Kepada siapa kita rujuk masalah? Tanyalah pada mereka yang tiada langsung kepentingan atas diri kita. Itu saja...

Tangan yang menulis: Ampuan Awang
Mana Pening, Mana Sakit? Kedua-Duanya Ada!

2 comments :

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Benar.... setuju2... :)

Ampuan Awang said...

... terima kasih atas komen :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top