ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bait Akhir Sang Imam Syahid




Detik berdarah 12 Februari 1949
takkan luput dalam ingatan
Terbunuhnya Sang Imam Syahid
di hadapan pejabat Syubhan Muslimin
di jantung Kota Cairo
Syahidnya Sang Imam
asbab senjata milik pemerintah
Bersama rajanya
yang berkiblat ke Barat!
bersekongkol dengan Kuffar keparat

Duhai Sang Imam Syahid
Bait syairmu ku ulangi di sini
"Kapankah kematian akan berlari dariku?
Apakah pada hari yang tidak ditakdirkan
ataukah saat ketentuan itu tiba?
Pada hari yang belum ditakdirkan,
saya tak perlu takut pada kematian
Dan pada hari yang ditentukan-Nya,
kehati-hatian takkan menyelamatkan
diri dari kematian"

Duhai Sang Imam Syahid
Kematianmu takkan melemahkan
takkan mencabut akar kekuatan
yang mencengkam di bumi ini
... Lihatlah
Semangat
Jemaah Ikhwanul Muslimin akan terus bangkit
Sehinggalah kami
yang berada di belakang
menemuimu
di sana
Kembali ke pangkuan Dia
Maha Pencipta Abadi

P/s: Aku menulis ini tuk jadi pembakar semangat. Aku tiada mahukan kebesaran pada nama dan kuasa kerana aku tahu bahawa semua itu pasti akan aku tinggalkan. Wahai Rabb yang Memelihara, satukanlah hati-hati kami dalam satu jemaah yang kuat dan bersatu padu. Kabulkanlah, Ya Allah...

Tangan yang pernah menulis ini: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top