ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Antologi Suara-suara Adam: Kiamat Kecil


Ketika senja melabuh tirainya
Jauh di ufuk timur
Alam menjadi sunyi dan kelam
Tiada lagi kedengaran unggas bernyanyi
ketukan si belatuk menjadi sepi
Burung-burung tak juga pulang
ke sarang miliknya
   
    Ke mana hilang suara ibu
    yang sering memanggil anak kecilnya pulang
    Gelak tawa yang kuat di warung kopi juga sunyi
    Nyanyian dan siulan sang muda mudi
    juga tiba-tiba terhenti

Malam ini bulan menjadi pucat
    Mungkin terpanah oleh tusukan sakti
        Bintang-bintang turut menangis hiba
            Di sana segalanya ranap binasa
                Segala yang terbina tumbang
            Lalu menyembah bumi yang terbelah
        Menyaksikan satu detik yang menyayat hati
    Sementara yang masih bernyawa terpaku
menjadi saksi mata bagi segalanya yang berlaku

Mungkinkah ini kiamat kecil?
Atau mungkin ini satu peringatan
Satu petanda amaran daripada Tuhan
Kepada insan yang hidup di muka bumi
Atau mungkin kita ini masih tiada kesedaran diri
Masih lagi terbelenggu
… di penjara janji.


Tangan yang menulis ini: Ampuan Awang

2 comments :

safiyyahosman said...

best entry ni..suka :)

Ampuan Awang said...

tak 'best' sebetulnya. terima kasih atas kesudian diri berkunjung ke laman ini

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top