ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Aku, Kita Mahu Apa [?]



Aku ini
mahu apa lagi dengan dunia
kan ini semua akan kita tinggalkan

Kita ini
mahu apa lagi dengan dunia
kan ini semua tiada dapat kita usung bersama
masuk ke dalam liang itu nanti

Aku mahu semua
Kita mahu segalanya

Aku mahu pangkat
... kebesaran naik menumbuhkan riak
Kita mahu harta
... kekayaan naik menumbuhkan rasa megah
yang melampau di dalam diri.

Aku ini mahu apa...
Kita ini mahu apa...

Aku akan pergi
Kita semua akan kembali
... Ini hakikat yang pasti!

'Mati',
Ku nanti hadirmu menjemputku...


P/s: Hari ini hari mengingati 'Mati'...

Tangan yang menulis: A. Awang
ASDK; PGDK, Seolah Aku Ini Hidup Seribu Tahun Lagi. Usunglah Gelaran Itu!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top