ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sekalung Ucap Tahniah; Selonggok Takziah



** Mengharap agar anak bangsa kembali memartabatkan bahasa Melayu sebagai kebangsaan berkemungkinan menjadi sebuah angan-angan apabila pemimpin mengulas dengan mengguna bahasa penjajah. Apalah gunanya kempen yang bermodalkan dana jutaan ringgit? Adakah semua itu demi bahasa tercinta? Mana satu bahasa kebangsaan kita? Bahasa Melayu [Malaysia] atau bahasa Inggeris [Penjajah]?

Ada sesetengah pihak yang berkata bahawa bahasa Melayu [Malaysia] tidak layak untuk digunapakai dalam mata pelajaran matematik (sebagai contoh shj) kerana kekononnya tidak sesuai [?]. Ditambah lagi apabila kata mereka bahawa bahasa lain lebih sesuai tapi tidak bagi bahasa kita [Bahasa Melayu]. Namun otak masih lagi memikirkan; bagaimana negara Jepun terlebih canggih kemajuan bisa maju, sedang bahasa yang digunapakai adalah bahasa ibundanya sendiri [?].

Kasihan... Bahasa kita bakal kering dan akan jatuh seperti jatuhnya dedaun kering ke lantai bumi!


Ucap tahniah dan takziah disambung oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top