ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sedang Ultraman Memartabatkan Budaya Bangsanya. Inikan Pula Kita Yang Sedia Mewah Dengan Budaya!



Negara Jepun terkenal dengan budayanya yang terpelihara. Usaha pemuliharaan budaya ini kita boleh lihat buktinya pada gambar di atas. Seorang pejuang Jepun (Ultraman) yang kerap kali menyelamatkan Jepun dari ancaman raksaksa masih lagi mengekalkan identiti asal 'Nippon Jin' setelah penat berlawan dan akhirnya membebaskan bumi Jepun yang aman mereka diami selama ini. Jepun berjaya menaikkan martabat bangsa mereka di mata dunia dengan budaya yang dimiliki. Kita bagaimana [?] Mereka tidak berganjak langsung dari pendirian menetapkan bahawa bahasa mereka lebih indah untuk diguna pakai. Kita bagaimana [?]. Mereka tetap maju kendati Hiroshima dan Nagasaki pernah dibom dahulu. Kita bagaimana [?]. Mereka cukup setia kepada segalanya; budaya, bahasa berada dalam cetakan muka surat buku teks mereka. Mereka bangga! Kita bagaimana [?].Teruskan aktiviti kita menggelengkan kepala!

Oleh: Ampuan Awang
Isnin 29/03/2010

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top