ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pena Berdarah [Ratap Akhir Si Pena]



Akhir kata
-- kata akhir
dariku buat
dunia


Berdirinya aku
sebagai pena
sudah tumbang
rebah melintang
di atas lembaran
kertas putih itu

Pena sudah luka
Darahnya tumpah
tiada berwarna
Lukanya dalam;
di alam maya
Sakit terasa;
di alam nyata

Selamat jalan -- pena berdarah
Berhentilah berentap di alam maya
kukuhkan jiwamu di alam nyata
Lupakanlah cerita di sana
Biarkan mereka dengan dunia mereka
Biar kita dengan cara kita
Kita langsung tiada dibayar untuk semua ini
dan kita tiada langsung meminta dibayar untuk ini semua

Sudahlah, pena...
aku tumpang sedih
bagi pihakmu
Semoga kau selamat
kembali pulih seperti dahulu
semasa dakwat masih lagi penuh
-- dan kembalilah kembali
andai kau mahu
walaupun ada segenlintir
yang mengata dirimu
umpama mengangkat bakul
kepunyaanmu sendiri...

** Al-Fatihah


Akhir kata oleh:


Selepas Isya' rabu 10/3/2010

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top