ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Oh Jiwa Lara - Mahu Menyembah Siapa II [Bicara Bungkam Dalam]





Nekadlah diri
Berjalan tunduk
di atas bumi Tuhan
Nilai hamba takkan pernah berubah
Kita tetap ciptaan;
Ciptaan agung dari Penguasa Alam
-- Pemilik Semesta Raya yang tak terbanding
akan kekuasaan-Nya.
[Hubaya-hubaya]
Sedarlah – kita hamba
sebagai hamba wajib menurut Tuannya
Tuannya itu Tuhan Yang Maha
-- namun bukan sujud mana-mana
Tuhan-tuhan manusia
kerana nasib mereka [si tuhan manusia] sama
menerima hukuman serupa
-- kembalilah kepada Dia
Dia lebih arif mengadili sekalian kita...
Tapi bagaimana kita?
Adilkah pengadilan kita kepada diri, mereka
... atau kepada sesiapa jua yang terhasil dari
ciptaan Tuhan serupa kita?
Persoalan berbalik kembali
-- adilkah kita menukarkan sembahan
Dan berpaling terus membelakangkan kiblat
Lalu menjadikan makhluk berdarah
sementara sebahagiannya tiada cukup sifat [ghaib]
sebagai tempat merujuk; sedang kita tahu
-- mereka sendiri juga bakal sibuk
bergelut dengan hal masing-masing
kerana mereka juga diadili sama...
Jadi, di mana kita?
Kita mahu menyembah siapa?
[terdengar bunyi dengkuran dari dinding sebelah sana
yang sengaja berpaling dari kebenaran.
Sementara telinga yang masih tenang mendengar
tiba-tiba bungkam; senyap dalam bicara.
Ada juga yang sengaja
memuncungkan mulut tanda protes;
tapi tentangan yang tiada bisa dikeluarkan -- tentangan dari pengecut.
Pelakuan mereka dapat kita lihat
apabila secara tiba-tiba menggaru
kepala yang tak gatal, lalu tunduk menahan malu
dalam diam-diam
]


Oleh:


Subuh 4/3/2010
'Mendiam Dalam Senyap Yang panjang...'




0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top