ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Nukilan Dari Hulu [Gema Memecah Halwa Telinga]



-- aku duduk di sebalik tabir
berada di satu sudut yang jauh
Mungkin akan ada mata
tak senang dengan pelakuan
-- yang bakal menjadi penyebab utama
aku terus dibiar duduk di situ
atau disepak ke mana-mana tempat
yang mereka mahu. Lalu, aku coretkan
nukilan ini tanpa perlu kutapis satu persatu;
kerana inilah hakikat yang berlaku
di suatu tempat jauh bernama Hulu. Terimalah:

Ingatkan pohon mati pucuk,
Kulihat reput daunnya layu;
Rupanya niat segar membusuk,
Tuanya kuat membujuk rayu.

Tuanya kuat membujuk rayu,
Tupai jatuh ke tanah jua;
Pintar otak belit beribu,
Kulihat wajah seribu rupa.

Kulihat wajah seribu rupa,
Sering bertukar ikut suasana;
Begitulah dika mencalar luka,
Menambah duka sebangsa jua.

Menambah duka sebangsa jua,
Kerat kanan takkan kiri terasa;
Dika senang cemar menista,
Lupa fitnah balasannya neraka.

Lupa fitnah balasannya neraka,
Tetap ditabur subur dibaja;
Bilalah dika berubah agaknya,
Biarlah Tuhan membalas segala.

[Gema suara semakin galak melaung; melaung panji-panji kepalsuan -- sedang diri
masih merangkak, tertinggal jauh di belakang -- gema kebenaran semakin sunyi -- sepi]



Diulang kembali oleh: Ampuan Awang
Selepas Maghrib, Isnin 8/3/2010

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top