ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Melayu [Antara Pro Dan Kontra]



Apakah benar ini bangsa Melayu?
yang sering direndah-rendah martabat
ketinggian santun dan keberaniannya?

Demi Tuhan,
Aku melihat bangsa Melayu itu
dari sudut kaca mata
tanpa kantanya...
Melayu masih kaya
    kerana kaya diukur bukan
        dari harta berjuta nilainya
    yang dahulu pernah dimiliki
dan dibahagi sama rata sesamanya.

Tingginya nilai Melayu itu
pernah dinobat
dan teramat gah
    dahulu
O Melayu,
mengenang dirimu
bagai menanduk kepala;
terduduk jatuh gering
    di mana kulihat
Kuatmu hilang tiba-tiba
apabila dirimu leka kekenyangan
Lalu duduk di atas empuknya kerusi
dengan mata mengantuk
menanti habuan menyinggah
mengetuk pintu dan membuka
isi hatimu!

Cetus minda oleh: Ampuan Awang (1/5/2005)

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top