ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

MELAYU: Antara Lenggang Dan Kangkung

Apakah yang dikehendaki oleh orang Melayu? bagi orang Melayu bandar yang dah senang lenang tentulah untuk menggemukkan perut dan poket mereka sahaja. Melayu kampung masih berusaha meneruskan hidup yang mana poket dan perut mereka semakin tipis. Semua barang naik, bermula dengan minyak petroleum hinggalah barangan wajib bukanlah lagi asas termasuklah beras. Adakah ahli-ahli politik Melayu sudah cukup berusaha untuk menggemukkan poket dan perut orang-orang Melayu kampung. Yang ada cuma poket dan perut mereka sahaja yang semakin segar-bugar. Sedikit sahaja orang-orang yang berfikir untuk rakyat, daripada parti Adil, Pas dan UMNO melainkan sebahjagian besar lebih memikirkan membesarkan perut/poket mereka sahaja.

Apakah jenis politik yang dikehendaki oleh orang melayu? Hari ini, kita orang Melayu kampung merasa muak dan jemu dengan sikap ahli politik Melayu yang tak habis-habis bercakap dan bermain politik sehingga semua benda yang keluar daripada mulut mereka semuanya berisi nada-nada politik. Apa sudah tidak ada benda yang lebih berfaedah selain untuk mempolitikkan semua benda. Paling menjengkelkan bila agama Islam cuba diajak masuk dalam gelanggang politik. Sampai bila kita mau main-mainkan agama dengan politik (walaupun sebenarnya Isalam dan politik itu saling berkait antara satu sama lain). Apa cerita?? kalau pahala dan dosa dikaitkan denagn parti politik?? Sipakah mereka yang pandai memutarbelitkan fakta yang mengatakan bahawa parti mereka islam dan percayalah bahawa semua tindakan mereka berasaskan islam. Sehinggakan bila ada isu yang berkaitan dengan politik, dilihat dalam perspektif Islam kepartian mereka. Apa mereka fikir parti Islam mereka ada cop mohor membenarkan kesemua tindakan mereka. Sehingga boleh menyokong tindakan Lim Guang Eng mengenepikan perarakkan maulidurrasul atas kompromi politik mereka.

Golongan Islam parti inilah yang memandang rendah pada ahli politik Melayu Islam seperti Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak dan Mustapha Mohamad. islam parti sepetrti Nik Aziz lebih memuliakan persahabatannya dengan Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Mungkin dia sudah memaafkan kesemua mereka yang pernah menempelak penubuhan negara Islam. Malah yang paling pelik bin ajaib sehingga 17/02/10 ini gagasan Hukum Hudud yang dilaungkan oleh Islam Parti seperti dah terkubur. Apa mereka dah lupa, ketika menggelar Mahathir dengan segala macam bentuk dahulu gara-gara Hudud. Mungkin juga asyik dek kemenangan di beberapa buah negeri dan kawasan parlimen dalam piliharaya ke 12 menjadikan mereka lupa bahawa orang melayu kampung yang jahil macam saya ini masih lagi ingat, " langkah mayat saya dulu jika PAS berhasrat menubuhkan negara ISLAM, kata karpal Singh." Apakah orang politik fikir kita ni orang Melayu kampung yang jahil, boleh diperbodoh-bodohkan, siapa dia ISlam PArti?


Bukan den yang kato: Ampuan Awang
Selasa - 30/03/2010

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top