ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Maka Celakalah [Istimewa Buat Pemilik Harta]

Tuan hamba ingatlah sentiasa,
... "Celakalah ke atas hamba Dinar"
Tuan hamba beringatlah sentiasa,
... "Celakalah ke atas hamba Dirham"
Kemaruk dalam jiwa
... berkehendakkan syurga
Degup jantung laju kerana takut
... bimbang neraka memasung diri

Lalu diri melaung angan;
Syurga--Syurga--Syurga

Terdengar suara kasar membalas keras;
Neraka--Neraka--Neraka

... Keindahan syurga menjauh
... Bahang neraka melambai
Mari ke mari; biar aku menemanimu
Panas, sakit, perit...
Terpunduklah diri-diri menahan azab
... yang tak kunjung putus
... yang takkan berhenti
Azab bukan sehari
... tapi terus kekal abadi

Wahai Tuhan,
Jauhkanlah bahang api neraka-Mu
................... Amin


Tangan yang menulis: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top