ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Lenyaplah Budi Dalam Bahasa



Kelak,
Budi dalam bahasa
bakal lenyap sekelip mata
Takkan lagi ia dapat dipanggil kembali
Walau ada pujuk rayu
Walau dicumbu
Ia tetap akan
lenyap
Tanpa ada penganti
yang bisa menegakkan tiang seri

Betapa dalamnya
Ikatan bahasa dengan seni
Bahasa budi
Terlupus hapus pupus
dari dalam minda
Orang yang mengelarkan diri
sebagai bangsa Melayu
di muka bumi!

** Terdetik tiba-tiba menulis perihal budi dalam bahasa selepas berkunjung singgah ke dalam laman para peminat Pak A. Samad Ismail. Lalu tangan menaip dan menampal terus di ruang dinding laman beliau. Istimewa kutujukan buat Melayu kerana hak Melayu kembali ke Melayu...
Oleh: Ampuan Awang
Isnin 29/03/2010

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top