ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kopak Tempurung



... telah lama benar tempurung ini tertangkup di atas tanah.
Langsung ia tiada dipedulikan.
terlintas pada fikiran;
mungkinkah ada katak di dalamnya?
"Katak di bawah tempurung"?
tangan mengetuk tempurung.
... tok tok tok...
Oooh katak. Keluarlah...
---Diam---
Oooh katak. Sahutlah...
---Diam---
Oooh katak. Bangunlah...
---Diam---
Oooh katak. Bangkitlah...

... hoi, bisinglah!
Jangan ganggu aku;
pergi dari sini!

---Diam---

Aku terkedu...
Wahai katak,
engkau masih tak mahu berubah.
... aku pula yang terdiam
hanya kerana katak yang diamnya di kota bawah tempurung.
Kota yang usang tanpa ada pembangunan barang sedikitpun!
... nasib engkaulah katak.
Ku turuti kemahuanmu,
selamat tinggal...

Tempurung ku tangkup kembali;
katak terus melamun di kota gelap miliknya
... tiada masa depan yang difikirkan
Katak mengantuk; mahu tidur sepuasnya...
dia rela hayatnya berakhir di sini.
---Diam---


Tangan yang menulis: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top